• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Retro Rusia Kini Diminati Warga AS

oleh
17/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NADIR… Bilangan syarikat pembuat motosikal yang dianggap agak unik hanya kerana ada ruang duduk di sisinya itu dilaporkan tinggal segelintir sahaja di merata dunia.

Namun syarikat terakhir pembuat “sidecar motorcycle” itu di Rusia masih rancak beroperasi. Malahan sebuah kilang di bandar kecil Irbit di wilayah ural itu masih beroperasi sejak ditubuhkan 75 tahun lalu.

Kegiatan penghasilannya kembali rancak kerana motosikal retro tersebut kian diminati di Amerika Syarikat (AS). Semasa era Soviet Union, kilang itu pernah menghasilkan lebih 50,000 motosikal setiap tahun.

Namun ia menghadapi kesulitan besar akibat permintaan yang jatuh junam berikutan perpecahan kesatuan negara terbesar di dunia itu dan kemerosotan ekonomi Rusia sendiri sejak 1992 lepas.

Bagaimanapun kilang tersebut mula mendapat nafas baharu berikutan minat semakin bertambah terhadap motosikal jenis klasik berkenaan apabila mendapat banyak permintaan di seluruh AS pula.

Sejak tahun 1993, kilang itu mengeksport motosikalnya ke AS. Ia bahkan sudah melakukan beberapa perubahan kosmetik dan aksesori bagi terus menarik minat para pembeli negara Uncle Sam itu.

Kilang tersebut sekarang mampu menghasilkan lima pilihan model motoskal Ural dalam 60 warna. Uniknya kebanyakan barang komponennya diimport dari pelbagai negara Eropah dan Asia.

Model-model vintaj ini menjadi amat popular setelah pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt tular dilihat bergaya menunggang motosikal tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: motosikalretro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd