• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOA Kenal Pasti Projek Bermasalah, Tertangguh

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang mengenal pasti semua projek-projek yang menghadapi masalah serta tertangguh di bawah kelolaan agensi dan badan kementerian itu.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata pihaknya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk menyemak status terkini projek terbabit dan menyerahkan laporan kepadanya selewat-lewatnya hujung minggu ini.

“Antara agensi telah mula diambil tindakan ialah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas). Beberapa agensi lain turut diberi perhatian serius dan kita cuba selesaikan dalam minggu ini. Sekiranya ianya melibatkan perundangan kita serahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat.

“Kita akan pastikan ‘sampah-sampah sarap’ ini dapat dibuang dengan cepat, mana-mana (agensi dan badan) yang menganggu matlamat dan objektif kementerian, kita ambil tindakan. Kita mahu ianya dapat diselesaikan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Tapak Projek Perintis Ternakan Kerang dan Tiram di Kolam Laman Alamjaya, Parit Bulat Laut, di sini hari ini.

Beliau berkata projek-projek yang menghadapi masalah serta tertangguh itu memberi impak negatif kepada usahawan yang terbabit sekali gus menganggu usaha kementerian untuk mencapai objektif yang dirancang.

Sementara itu, Salahuddin berkata segala kerenah birokrasi yang masih wujud di agensi dan badan kementerian itu akan dihapuskan bagi mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada pemohon yang terlibat.

“Kita akan sentiasa berbincang bagi memastikan bantuan cepat sampai dan sampai kepada golongan sasar. Kita akan kurangkan kerenah birokrasi tanpa menjejaskan perkhidmatannya, contohnya projek tiga bulan kenapa tak boleh dipendekkan kepada satu bulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MOASalahuddin Ayub
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd