Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

26,250 Kes Baharu Dengan...

PUTRAJAYA – Sebanyak 26,250 kes dilaporkan semalam sekali gus menurun sedikit dengan 177...

Gempa Bumi Di Ranau...

KOTA KINABALU - Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau,...

70% Pembiayaan Sewa Beli...

KUALA LUMPUR - Bank-bank komersial di Malaysia memberi jaminan akan terus menyediakan pembiayaan...

Konvoi Amal Merdeka 1WP...

PUTRAJAYA - Seramai 150 peserta yang terdiri daripada anak muda dari Wilayah Persekutuan...

Mkini Gagal Cabar Akta Antiberita Tidak Benar 2018

MKINI Dotcom Sdn. Bhd. gagal mencabar Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang didakwa konon melanggar Perlembagaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan bahawa permohonan itu pramatang dan tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) kerana sehingga kini belum ada kakitangan syarikat itu didakwa mengikut akta tersebut.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan bantahan awal Jabatan Peguam Negara mewakili kerajaan dan Menteri Dalam Negeri terhadap semakan kehakiman dikemukakan Mkini Dotcom.

Dalam penghakimannya, Hakim Azizah berkata mengikut Perintah 53 r 2(4) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, hanya individu yang terjejas teruk dengan keputusan atau tindakan dalam pelaksanaan akta itu berhak untuk membuat permohonan sebegini.

“Di dalam kes ini, memandangkan pemohon belum didakwa atas mana-mana kesalahan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018, oleh itu haknya belum terjejas.

“Ia akan terjejas apabila dia didakwa atas akta itu dan hanya dalam situasi itu pemohon boleh mencabar asas perlembagaan. Untuk membenarkan permohonan itu pada peringkat ini hanya akan membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mencabar perlembagaan sesuatu undang-undang yang tidak disukai,” katanya.

Oleh itu katanya, permohonan Mkini Dotcom ditolak dengan kos RM5,000.

Jabatan Peguam Negara diwakili Awang Armadajaya Awang Mahmud, Maisarah Juhari, Nik Shahril Ab Rahman dan Muhammad Azmi Mashud.

Mkini Dotcom diwakili peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin.


Pada 27 April lalu, Mkini Dotcom, syarikat pengendali portal berita Malaysiakini memfailkan permohonan dengan menamakan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

Berdasarkan afidavit dan penyata tuntutan, mereka memohon deklarasi bahawa Akta Anti Berita Tidak Benar melanggar Fasal 5(1) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.

Mereka juga memohon perintah mandamus untuk menarik balik Warta No P.U (B) 174/2018 bertarikh 11 April 2018 di mana Akta Anti Berita Tidak Benar berkuat kuasa sebagai undang-undang.

Berdasarkan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mkini Dotcom Sdn. Bhd., J Premesh Chandran, beliau mendakwa akta itu meletakkan beban berat untuk memastikan setiap perkara yang diterbitkan melalui bentuk laporan atau pendapat adalah benar secara muktamad.

Beliau mendakwa hak pemohon kepada kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Fasal 10(1)(a) akan menjadi ilusi semata-mata. – myMetro Online

Kategori