Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat Di Mukim...

BALING - Banjir kilat yang menjejaskan 235 penduduk dari 47 buah rumah di...

Cuba Elak Ditahan Polis...

Huizhou – Ia merupakan detik-detik menakutkan bagi seorang gadis apabila teman lelakinya, Zheng...

Sentiasa Pertahan Hubungan &...

KUALA LUMPUR - Malaysia sentiasa mempertahankan hubungannya dengan negara lain selain memperkukuhkan prinsip...

Hati Remuk… Mahu Pelaku...

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya...

Melaka Sumbang RM350,000 Kepada THM

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menyampaikan sumbangan RM350,000 kepada Tabung Harapan Malaysia, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM100,000 disumbangkan oleh kerajaan negeri manakala selebihnya adalah hasil kutipan daripada agensi kerajaan negeri termasuk anak syarikat milik kerajaan negeri.

“Kita akan menyerahkan sumbangan secepat mungkin, memandangkan kita telah membuat kutipan daripada beberapa agensi termasuk kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita pada jualan amal Tabung Harapan Malaysia di hadapan Pasar Transit Melaka di Jalan Fatimah, Bachang di sini hari ini.

Kutipan jualan amal yang berlangsung selama dua hari itu merupakan inisiatif daripada Persatuan Pemilik Ladang Buah-buahan Melaka dan akan diteruskan di lima lagi lokasi di sekitar daerah Melaka Tengah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Ginie Lim Siew Lin.


Adly berkata pihaknya menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM50,000 lagi daripada hasil jualan amal ini bagi membantu kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan hutang negara. – BERNAMA

Kategori