• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perlis: BN Digesa Segera Selesaikan Kemelut

oleh Ahmad Albab
03/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Barisan Nasional (BN) digesa menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Perlis dan anggota Exco supaya urusan pentadbiran negeri dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, kata Ketua Strategik PKR Perlis Noor Azam Karap.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis itu berkata semua ADUN BN harus menghormati keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

“Kami (PKR) tidak ada apa masalah dengan keputusan tuanku kerana BN menang dengan majoriti tetapi cepatlah bentuk kerajaan. Keadaan yang berlarutan ini menyusahkan kami (pembangkang) nak buat kerja. Payahlah kalau kerajaan tergantung macam ni.

“Pengundi dok (sentiasa) cari wakil rakyat… saya harap isu ini diselesaikan sebelum Aidilfitri ini,” katanya kepada Bernama selepas program membeli kelengkapan Aidilfitri bagi 40 anak yatim dan asnaf dalam kawasan DUN Kuala Perlis di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Katanya, sumbangan pejabat ADUN Kuala Perlis itu bernilai RM100 seorang.

Kemelut pelantikan Menteri Besar bermula apabila sembilan ADUN BN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu di Istana Arau pada 24 Mei lepas kerana mereka menolak Azlan sebagai Menteri Besar yang mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula mencadangkan supaya Azlan dipecat daripada UMNO.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, BN Perlis memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan termasuk Azlan yang menang di DUN Bintong. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd