• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Lemas Minta Adik Jagakan Hamsternya

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mohammad Affiq Afnan Abdul Razaaq Abu Bakar, kanak-kanak yang lemas ketika mandi bersama enam rakannya di sebuah kawasan bekas lombong di Taman Suria, di sini, hari ini sempat mengamanahkan hamster peliharaannya kepada adiknya untuk dijaga.

Bapa angkat Allahyarham, Shamsuddin Abdullah, 47, berkata biasanya anaknya itu sukar berkongsi barangan dengan adik beradiknya yang lain.

Shamsuddin berkata, namun, pagi tadi, perubahan sikap Allahyarham yang tiba-tiba mengamanahkan hamster yang diperoleh daripada ibu saudaranya kepada adik bongsunya mencuri tumpuan beliau dan isteri tetapi mereka tidak berkata apa-apa.

“Biasanya arwah jenis susah memberi barangan kepada orang, apatah lagi dia telah berebut hamster berkenaan dengan adik-adiknya yang lain malam semalam.

“Tetapi tiba-tiba dia berbuat demikian, siapalah sangka ini merupakan satu petanda,” kata Shamsuddin yang ditemui pemberita di tempat kejadian, malam ini.

Menurutnya Allahyarham anaknya itu merupakan anak kelima daripada enam adik beradik dan menjadi anak angkatnya sejak kecil.

Ketika berumur tujuh tahun pula, Allahyarham dikesan hyperaktif menyebabkan dia tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU).

“Disebabkan keadaannya itu, dia selalu bermain dengan anak-anak jiran di kawasan blok rumah kami iaitu di Pangsapuri Kampung Desa Hajah Hasnah, Bakar Batu.

“Tetapi, hari ini dia tiba-tiba di sini, saya pun terkejut,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, Mohammad Affiq Afnan, 9, bersama enam rakannya mandi di kawasan itu sebelum hilang bersama seorang daripadanya iaitu Norfifi Alisha Natalia Afidan Shah, 12.

Mayat Norfifi Alisha Natalia ditemui pasukan penyelamat pada 6.26 petang manakala Mohammad Affiq Afnan, pada 8.30 malam, di tepi lombong berkenaan.

Lima yang selamat pula, adik kepada Norfifi Alisha Natalia iaitu Mohd Danish Ashraf Afidan Shah, 10; serta empat rakan – Rizman Ismail, 13; Ghismawi Ismail, 9; Muaz Ibrahim, 9; dan Mohd Danish Omar, 10. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilihan Sayap UMNO Berjalan Lancar

Next Post

Anwar Masuk Hospital, Sakit Bahu Dan Belakang

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

Next Post

Anwar Masuk Hospital, Sakit Bahu Dan Belakang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd