• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Perumahan Mampu Milik Beroperasi Ogos

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua agensi perumahan mampu milik akan diletakkan di bawah Majlis Perumahan Mampu Milik selepas cadangan penubuhannya diluluskan bagi menyelaras pembangunan perumahan terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata kertas Kabinet berhubung cadangan penubuhan majlis itu sedang disediakan untuk dikemukakan kepada kerajaan awal bulan depan.

Antara agensi perumahan mampu milik adalah Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Rumah Transit 1Malaysia dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

“Kita harap awal Ogos nanti, majlis ini sudah ditubuhkan dan boleh melaksanakan kerja-kerja penyelarasan,” kata Zuraida dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata semua exco perumahan negeri-negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dilibatkan dalam pembentukan Majlis Perumahan Mampu Milik itu.

“Majlis ini mempunyai kuasa dalam memastikan taburan pembangunan perumahan terkawal, tidak tertumpu di suatu kawasan, malah hal berkaitan harga, reka bentuk dan pengurusan yang menjadi isu sebelum ini dapat diatasi,” katanya.

Zuraida berkata penubuhan majlis itu mampu menyelesaikan kekeliruan rakyat berkaitan pembangunan perumahan kerana sebelum ini masyarakat kerap mengadu kepada kementerian tentang masalah yang dihadapi walaupun projek berkenaan bukan di bawah bidang kuasa kementerian.

“Apabila rakyat datang mengadu dan kementerian, atas sebab bukan di dalam bidang kuasa, gagal menangani masalah itu, sekali gus memberi persepsi tidak baik terhadap kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraidah berkata kementerian akan memperkasa Tribunal Pengurusan Strata (TPS) dengan melantik tujuh lagi Presiden TPS baharu bagi menambah kekuatan sedia ada yang berjumlah 23 orang.

Beliau juga menyarankan agar keupayaan tugasan jurubahasa di tribunal yang kini dikendalikan dua jurubahasa dipertingkat dengan mewujudkan satu panel jurubahasa melibatkan pihak awam.

“Kita amat memerlukan jurubahasa yang mahir berbahasa Tamil dan Cina bagi mengendalikan kes, dan dengan adanya panel tersebut, jurubahasa ini akan dipanggil apabila tribunal memerlukan khidmat mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: PerumahanZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd