• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Jaga Maruah Wanita, Fikry Edit Sebelum Upload

oleh
24/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI pendatang baharu, pelakon Fikry Ibrahim semestinya akan berusaha untuk menjaga nama baiknya dalam industri hiburan yang serba panas dengan kontroversi ini.

Oleh itu, Fikry dengan pantas menyangkal dakwaan netizen kononnya dia telah menghina kaum wanita yang tidak bertudung dengan cara tidak memuat naik gambar mana-mana wanita yang tidak mengenakan hijab.

Namun apa yang dilakukannya itu bukanlah kerana ingin memperlekehkan kaum wanita kerana dia juga sedar bahawa kedudukan kaum Hawa sangat mulia di sisi Islam.

“Saya memilih untuk mengaburkan bahagian rambut seorang pelakon baru-baru ini adalah atas pilihan saya sendiri. Saya tidak berniat menghina atau membenci kaum hawa yang tidak berhijab.

“Sebaliknya ini adalah satu bentuk dakwah. Bagaimanapun, ada juga video yang menampakkan rambut wanita terpaksa dimuat naik atas tuntutan kerja bagi mempromosikan drama.

“Nak atau tidak saya perlu lakukannya. Tapi kalau perkara itu boleh dielakkan saya lagi okey,” katanya kepada portal Harian Metro.

Dalam masa sama, pelakon dan pelawak muda itu bersyukur kerana banyak syarikat produksi memahami pendiriannya yang sememangnya sering berhati-hati dalam melakonkan apa jua watak bersama pelakon wanita.

“Alhamdulillah semua pengarah yang pernah saya bekerjasama dapat menerima dan faham apa yang saya selesa dan tidak untuk melakonkan sesuatu babak dengan pelakon wanita.

“Setakat ini, saya belum menerima rungutan. Saya terbuka untuk meneroka perkara baru asalkan setiap babak dilakonkan tidak keterlaluan.

“Bagi saya, pengarah sekarang handal dalam bermain dengan teknik kamera bagi memastikan setiap adegan diinginkan sampai ke jiwa penonton,” tambahnya.

Bakat lakonan Fikry mula dikenali selepas dia membintangi drama Hero Seorang Cinderella bersama dengan Fattah Amin, Nur Fazura dan Uqasha Senrose.

Selepas itu, dia mula memegang watak utama dalam drama Islamik berjudul Kerna Syurga Bukan Percuma serta menjadi pengacara bagi program Gema Gegar Vaganza selama dua musim berturut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: fikry ibrahimNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd