• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ugut Letup Bom Palsu MH128 Dipenjara

oleh AK-47
09/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun oleh mahkamah Australia semalam selepas didapati bersalah mengugut untuk meletupkan sebutir bom palsu dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Melbourne, ketika berada dalam pengaruh dadah, tahun lalu.

Pesawat MH128 menuju Kuala Lumpur itu berpatah balik ke Melbourne pada Mei tahun lalu sejurus berlepas apabila lelaki warga Sri Lanka itu, Manodh Marks, berbohong dengan mendakwa satu ‘speaker’ mudah alih dan peralatan dibateri dibawanya adalah bahan letupan.

Lelaki berusia 25 tahun itu didapati mengambil dadah metamfetamin atau lebih dikenali sebagai ‘ice’ ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dan kemudian berada dalam keadaan khayal, cuba memasuki kokpit sambil mengugut akan memusnahkan pesawat dengan bom.

“Penumpang dan kru tidak hanya bimbang tetapi yakin kamu memang memiliki bom,” kata hakim Victoria County, Michael McInerney ketika memberi hukuman.

Beberapa penumpang menahan Marks dengan menjatuhkannya dan mengikat tangan serta kakinya. Pesawat itu membawa 220 penumpang.

Hakim menetapkan bahawa Marks tidak merancang lebih awal kejadian dan tiada niat dari segi melakukan keganasan.

Pelajar kursus katering itu dibenarkan keluar dari sebuah institusi psikiatri sehari sebelum penerbangan berkenaan.

Dia mengaku bersalah atas dakwaan cuba mengambil alih kawalan pesawat dan dihukum penjara 12 tahun dan perlu menjalani hukuman sekurang-kurangnya lapan tahun,

Ini adalah kali pertama seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan itu di Australia.

Marks mula menggunakan ‘ice’ selepas tiba di Australia pada 2016 dan menerima rawatan atas sebab berada dalam pengaruh dadah beberapa kali, menurut keterangan di mahkamah. – myMetro Online

Tags: bom palsupesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

240 Kes HFMD Meningkat Direkodkan Di Labuan

Next Post

Pantau Media Sosial, Vee Elak Anak Terdedah Budaya Barat

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Bom Palsu: Penghantar Makanan Dipenjara Sehari, Denda RM4,000

Bom Palsu: Penghantar Makanan Dipenjara Sehari, Denda RM4,000

30/08/2023
0

IPOH: Padah kerana membuat panggilan ugutan bom palsu, seorang penghantar makanan menerima hukuman setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan...

Next Post

Pantau Media Sosial, Vee Elak Anak Terdedah Budaya Barat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd