• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Baik Tidak Ada Kapal Perang Di Perairan Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata adalah lebih baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini hari ini, Perdana Menteri berkata kehadiran kapal perang di perairan Malaysia membawa situasi yang ‘tidak sihat’.

Menjawab soalan mengenai keputusan beliau melarang sebarang kapal perang asing ditempatkan di Laut China Selatan dan Selat Melaka, Dr Mahahir melihat perkara itu sebagai ‘tidak sihat’.

“Ini kerana apabila ada negara tertentu yang melihat negara tertentu melabuhkan kapal perang mereka di perairan negara, mereka kemudian membuat permintaan yang sama…jadi ini sesuatu yang tidak sihat,” katanya.

Sebelum ini, berkaitan dengan inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata: “Kami tidak mempunyai masalah dengan itu (BRI) kecuali sudah tentu kita tidak mahu melihat terlalu banyak kapal perang di kawasan ini kerana kapal perang menarik kapal perang lain.”

Mengenai perkembangan insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014, Perdana Menteri berkata tindakan susulan akan diambil hasil dapatan terkini siasatan jenayah terhadap pesawat malang itu.

“Jabatan Peguam Negara bersama Kementerian Luar Negeri akan mengkaji dengan teliti tindakan susulan yang boleh diambil ke atas pihak bertanggungjawab berdasarkan hasil siasatan jenayah MH17,” katanya.

Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai, 2014. Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) diketuai Belanda sebelum ini mengumumkan pihaknya yakin BUK TELAR digunakan bagi menembak jatuh MH17, dan daripada Briged ke-53 Peluru Berpandu Anti-Pesawat (Briged ke-53), yang berpangkalan di Kursk, dalam Persekutuan Rusia. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd