• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Memandu Wanita Arab Saudi Tamat Hari Ini

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Larangan memandu ke atas golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasmi hari ini, satu pembaharuan bersejarah yang dijangka mengaktifkan era baru gerakan sosial.

Penarikan semula larangan itu yang diadakan selepas operasi besar-besaran ke atas aktivis wanita adalah sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan negara pengeluar minyak itu.

Ribuan pemandu wanita dijangka menguasai jalan raya sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan.

“Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi,” kata penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.

Tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.

“Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir,” kata seorang penuntut jurusan farmasi berusia 21 tahun, Hatoun Dakhil.

“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi awal bulan ini, buat pertama kali sejak beberapa dekad lalu mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Arab Saudimemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd