Sample Page Title

GERAKAN oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya membimbangkan banyak pihak yang sayang kepada kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Bermula dengan meletakkan orang kuat DAP menjaga kewangan negara dan telekomunikasi, kemudian membincang untuk mengkaji JAKIM, Perdana Menteri telah mula mengundang persoalan atas tindakannya melibatkan agama.

Umum mengetahui yang hal ehwal agama dipelihara oleh Raja-Raja Melayu, yang selari dengan kedudukan raja-raja dan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kuasa raja-raja pernah mahu dihadkan dan sekarang sudah ada gelombang baru untuk menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kewujudan institusi Raja-Raja Melayu.

Pada hari pertama kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir mula melangkah sebagai kerajaan baru, sudah nampak bibit-bibit rasa yang tidak menyenangkan itu.

Mahathir sendiri menunjukkan kurang sabar dan marah kerana lewat dapat perkenan untuk angkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini yang dilakukan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi lama sebelum PRU14 sudah disebar dan disuburkan rasa benci terhadap institusi Raja-Raja Melayu, institusi agama Islam dan secara mudahnya, kepada agama Islam itu sendiri.

Sedikit demi sedikit, PH dan penyokong-penyokong mereka sudah melahirkan bibit-bibit kebencian yang hendak digunakan bagi menyatukan tentangan terhadap Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Maka kerja mereka menjadi semakin mudah kerana mesej menolak raja-raja dan mempertikai kedudukan agama Islam sebagai agama negara sudah lama mereka sebarkan dan sudah ramai yang mengikutinya.

Ramai kalangan golongan liberal sudah tidak ada perasaan terhadap raja-raja dan mahu Malaysia menjadi sebuah republik.

Malah, lebih parah lagi ramai masyarakat Melayu sendiri terutama anak-anak muda yang terdedah kepada anasir fahaman asing juga sama terikut membenci raja-raja dan tidak rasa kepentingan kedudukan agama Islam.

Pahlawan-pahlawan anti-Melayu dan anti-Islam ini sudah lama menyebarkan mesej dan fahaman mereka sebagai persediaan apabila mereka mendapat kuasa.

Apa yang berlaku selepas PRU14 membuktikan yang mereka mempunyai perancangan yang mereka akan gerakkan dengan kuasa yang mereka miliki.

Bertahun mereka mempertikai kedudukan orang Melayu, agama Islam dan raja-raja, tentulah bukan semata-mata kerana rasa tidak bersetuju tetapi kerana ada perancangan yang lebih besar.


Apa yang sudah disuarakan oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri sudah menampakkan agenda mereka semakin hampir dicapai.

Kenyataan tentang mengkaji JAKIM itu mungkin ada yang terima sebagai untuk penambahbaikan, tetapi masih ramai yang sedar dan tidak mahu tertipu.

Fahaman dan tindakan golongan itu sepatutnya sudah jelas kepada orang Islam apa agenda sebenar mereka.

Krisis perlantikan Peguam Negara ini ialah tanda yang lebih terang dan jelas apa yang mereka mahukan.

Mereka mahu Peguam Negara bukan orang Melayu Islam kerana mereka mahu kalangan mereka yang menjawat jawatan penting itu.

Mereka juga menunjukkan engkar kepada Yang di-Pertuan Agong dan mahu memaksa Agong mengikut kehendak mereka.

Awal-awal lagi, mereka bocorkan cerita Agong tidak suka calon mereka, sedangkan banyak proses yang belum selesai dan Peguam Negara yang memahami syariah bukan suatu keperluan yang luar biasa.

Soalnya sekarang, kenapa mereka bersungguh-sungguh mahu Peguam Negara yang itu, dan tidak mempertimbangkan nama-nama lain?

Bila dipersoalkan oleh Istana, mereka meroyan dan pengikut-pengikut mereka sekali lagi melemparkan kata-kata kesat kepada Agong seperti yang berlaku semasa Mahathir hendak mengangkat sumpah.

Selepas 20 hari PH menang PRU14, rakyat yang sedar dan insaf semakin membuka mata mereka melihat kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu cuba digugat sedikit demi sedikit.

Langkah Mahathir ini telah mula mencetuskan sentimen di pelbagai peringkat yang mahukan kuasa didalangi DAP ini dikekang, dan umat Melayu bersatu untuk menyelamatkan maruah mereka. – Mynewshub.cc

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...