Sample Page Title

TEMERLOH – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas untuk membela nasib rakyat.

Tengku Abdullah yakin semua wakil rakyat yang dipilih mampu menggalas tugas menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum tanpa mengira parti.

“Setelah selesai PRU…komposisi mereka yang dilantik di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang cukup menarik, kerana semua pihak akan diwakili parti baik parti kerajaan atau pembangkang.

“Setelah dapat mengenali setiap ADUN yang telah saya bersua muka, saya dapat rasakan semangat nak bekerjasama…semangat untuk membantu rakyat tetap ada bagi semua wakil rakyat tanpa mengira parti mana sekalipun.

“Saya berharap dan berdoa di bulan Ramadan ini supaya kita dapat ikhlas, amanah dan bertanggungjawab supaya apa yang penting kita dapat membela nasib rakyat di Pahang tanpa mengira kaum mana sekalipun sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di masjid Taman Seri Semantan di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Anggota Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Tahir dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Pada majlis itu, 400 penduduk kurang berkemampuan di Parlimen Temerloh menerima sumbangan raya berbentuk wang tunai dan kuih raya.

Dalam ucapan itu, Tengku Abdullah turut menzahirkan perasaan sedih atas kemangkatan bonda mentua baginda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang juga bonda kepada Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...