• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Sukar Menang Kerana Tiada ‘Askar’ – Muhammad

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tengku Razaleigh Hamzah dilihat sukar untuk memenangi jawatan Presiden UMNO kerana tidak mempunyai ‘askar’ yang ramai’, berbanding dua pencabar utamanya.

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, ini kerana Tengku Razaleigh sudah lama tidak bergiat aktif, manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin, masing-masing mempunyai ‘askar’ yang kuat dalam kalangan Ketua Bahagian dan Pemuda di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun mengingatkan perwakilan di seluruh negara untuk membuang sikap menyokong seseorang pemimpin secara membuta-tuli, yang menjadi punca kejatuhan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Perwakilan wajar mempertimbangkan Ku Li (Tengku Razaleigh) untuk menerajui UMNO. Hanya Ku Li mempunyai aura untuk mengembalikan kekuatan serta semangat ahli UMNO selepas kalah teruk.

“Saya berharap ahli UMNO mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada PRU-14. Jika sayangkan parti, janganlah kita menyokong membuta-tuli.

“Tolonglah! Saya berharap perwakilan UMNO pilihlah pemimpin yang benar-benar terbaik untuk UMNO,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Muhammad berkata, hanya Tengku Razaleigh yang mampu mengetuai UMNO untuk ‘melawan’ serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainudin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akui pencabar Ku Li seperti Zahid dan Khairy adalah pemimpin yang bagus, namun Ku Li ada aura serta tarikan tersendiri yang tiada dalam diri Zahid dan Khairy,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menempelak dakwaan pihak tertentu bahawa Tengku Razaleigh tidak mempunyai jasa terhadap negara dan UMNO untuk diangkat menerajui parti.

“Kaji lah sejarah negara era 70-an dan 80-an. Ku Li mungkin tidak popular dalam kalangan generasi hari ini. Ku Li ialah bekas Menteri Kewangan serta ‘arkitek’ penting dalam pembangunan negara.

“Ku Li lebih dikenali sebagai pengasas PETRONAS dan Bank Bumiputera. Ketika menjadi Menteri Kewangan, beliau mempunyai idea yang hebat serta bertanggungjawab melahirkan tokoh perbankan serta korporat orang Melayu.

“Selain itu, Ku Li memainkan peranan penting merintis hubungan dengan China sehinggalah ke hari ini. Ku Li juga pernah dilantik menjadi pengerusi Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa,” katanya.

Selain Tengku Razaleigh, Ahmad Zahid dan Khairy, empat lagi calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan nombor satu dalam UMNO ialah penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat (UMNO Bangi), Mohamed Iqbal Maricair (UMNO Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (UMNO Iskandar Puteri). – BH Online

Tags: Ku Litan sri muhd taib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

18/03/2023
0

GUA MUSANG : Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Gua Musang...

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

04/11/2022
0

GUA MUSANG : Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-15...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd