• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kren Tumbang Lagi Di KL… Hempap Lima Kereta

oleh AK-47
09/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA buah kenderaan diletakkan di kawasan parkir depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara, rosak apabila sebuah kren di tapak pembinaan berhampiran tumbang, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu mujur tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa berikutan pemilik kenderaan kebetulan tiada ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada pukul 5.09 petang.

“Sebuah kereta peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati kelima-lima kenderaan terbabit rosak teruk.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku namun pihak bomba tidak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut,” katanya dipetik sebuah portal berita tempatan.

Sementara itu seorang saksi yang hanya dikenali sebagaai Amir, 30-an, berkata ketika kejadian dia mendengar satu bunyi dentuman kuat yang mengegarkan kawasan sekitar.

Dia yang sedang meletak kenderaan dalam jarak 20 meter dari lokasi kejadian menjenguk keluar dari kereta sebelum orang ramai mengerumuni kawasan terbabit.

Sementara itu, salah seorang pemilik kenderaan yang rosak, Alex Toh, 28, mengatakan dia terkejut selepas menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan kenderaannya rosak teruk dihempap sebuah tren.

“Perkara sudah jadi, saya tak boleh buat apa-apa. Namun, saya akan tuntut ganti rugi daripada pemaju pembinaan atas kecuaian mereka.

“Ini kerana berdasarkan keadaan kereta saya yang rosak teruk, jumlah pampasan insurans yang saya jangka dapat pun pasti tidak cukup untuk membeli sebuah kereta baharu,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangankren tumbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd