Sample Page Title

KECOH… Ketika seluruh dunia gempar konon Malaysia tanggung hutang cecah RM1 trilion diwarisi Barisan Nasional (BN), kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) pula kantoi dengan skandal kroni!

Belum pun sampai sebulan berkuasa, PH akhirnya membuktikan kerajaan masih ada lagi banyak duit dan bukannya RM100 juta atau RM1 bilion tetapi RM30 bilion untuk kos projek mewah di Langkawi, Kedah yang entah apa-apa.

Diusahakan Tan Sri Ting Pek Khiing yang ‘mendiamkan diri’ selama 16 tahun selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad berundur pada 2003, pemaju hartanah bertaraf bilionaire itu bakal membangunkan Projek Langkawi New City.

Dengan tiru konsep pembangunan hartanah elit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), anak kelahiran Bintagor, sebuah pekan kecil dekat Sibu, Sarawak, beliau pernah terpalit kontroversi projek empangan Bakun di negeri itu.

Media tempatan pernah melaporkan Pek Khiing didakwa gagal menyiapkan empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia tersebut tetapi diberi pula pampasan RM950 juta oleh pentadbiran ketika itu yang diterajui Mahathir.

Hasilnya Ekran Berhad masih bernyawa lagi apabila projek infra-rakyat itu kemudian diselamatkan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun BN teruk dikutuk pembangkang (kini kerajaan PH) sebagai pembaziran untuk kroni.

Ironinya, hari ini Pek Khiing dilaporkan bakal memajukan projek mega di Langkawi dan kebetulan Mahathir pula kini merupakan Ahli Parlimennya serta ia dijangka dirasmikan perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu.

Projek seluas 81 hektar tanah tebus guna di barat pulau legenda Mahsuri itu melibatkan 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersial, kemudahan dermaga untuk kapal penumpang dan kapal layar serta pelbagai fasiliti lain.

Menurut Pek Khiing, projek berkenaan akan merangsang pelaburan asing di Langkawi dan bakal menjadi paling besar yang pernah dilaksanakannya sejak beliau memulakan aktiviti perniagaannya di pulau tersebut pada 1991.

Untuk rekod, Pek Khiing pernah terkenal dalam bina sebuah hotel hanya tempoh 100 hari di pulau itu sebagai persediaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) hasil ilham Mahathir pada 1991.

Usahawan itu berkata, beliau telah menghabiskan lebih daripada 20 tahun dalam rancangan pembangunan tersebut serta mendakwa kononnya mendapat pengiktirafan banyak pemaju ternama dari Perancis, Rusia dan Korea Selatan.


Bagaimanapun, bukan itu yang menjadi bahan berita, sebaliknya cerita tersirat bagaimana ketika Mahathir sibuk batal pelbagai projek legasi Najib, tiba-tiba beliau melancarkan projek puluhan bilion ringgit dengan kroni sendiri!

Anehnya, ketika kita gempar dengan Tabung Harapan untuk kutip derma rakyat marhaen selamatkan Malaysia yang berjaya raih cuma RM7 juta dalam masa 24 jam, Mahathir membuktikan ada projek mega boleh pula dilaksanakan.

Persoalan cepumas timbul apabila ramai netizen anti-PH membangkitkan isu bagaimana Pek Khiing yang pernah dakwa konon dirinya sudah muflis, tiba-tiba boleh jadi kaya semula pada zaman Mahathir perintah kali kedua ini.

Justeru ada pengguna media sosial tempatan mendedahkan Pek Khiing sebenarnya tidak pernah pun jatuh miskin sehingga tiada duit di bank, malah masih lagi selesa kaya-raya hasil aktiviti perniagaan balaknya di hutan Sarawak.

Ia sebenarnya hasil kebijaksanaan beliau menjalin hubungan baik secara peribadi dengan Tun Abdul Taib Mahmud ketika era sebagai ketua menteri paling lama memerintah Sarawak sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri.

Hakikatnya, Malaysia kini seolah-olah kembali kepada zaman Mahathir sebagai perdana menteri keempat selama 22 tahun yang menyaksikan pelbagai projek mega berjaya dibolot kroni kononnya untuk kemudahan rakyat sendiri.

Fikir-fikirkanlah bagaimana manifesto kerajaan PH terpaksa mengambil masa 100 hari untuk dilaksanakan, tetapi manifesto peribadi cuma 22 hari boleh rasmikan sendiri untuk dilaksanakan. Pelik! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...