• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Jamaluddin Buat Kejutan Pemilihan UMNO

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menegaskan keputusannya menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO, semata-mata bagi memastikan kelangsungan dan masa depan UMNO.

Mengakui sukar mengubah keputusan selepas memilih bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, Khairy berharap ahli dan perwakilan mempunyai lebih pilihan pemimpin untuk menerajui UMNO.

Pada masa sama, beliau sedar dan menghormati Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, yang disifatkan memiliki kekuatan tersendiri untuk jawatan sama.

“Saya sangat hormat kepada Tengku Razaleigh Hamzah, malah sudah berjumpa dengannya beberapa hari lalu dan menggalakkan hasrat beliau bertanding atas semangat pemilihan terbuka.

“Saya juga sangat hormat kepada Ahmad Zahid. Dalam UMNO, beliau ibarat seorang abang kepada saya, yang sentiasa membantu dan menasihati saya.

“Tengku Razaleigh adalah seorang negarawan yang berjaya mengasaskan institusi penting negara seperti Petronas dan Bank Bumiputra.

“Ahmad Zahid pula seorang pejuang yang melalui jatuh bangun dunia politik dan mempunyai hubungan sangat erat dengan akar umbi parti,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Khairy sedar dan mengakui tidak memiliki pengalaman luas, namun mahu dilihat mewakili generasi peralihan dalam UMNO untuk membina semula parti itu mengikut acuan terkini tanpa melupakan asas penubuhannya.

Beliau turut berikrar untuk bekerjasama dengan pepimpin parti untuk mengembalikan UMNO kepada roh asal dengan jasad yang baharu iaitu sebuah parti yang inklusif dan bukan hanya untuk golongan atasan, bangsawan, korporat dan elit, jika dipilih kelak.

“UMNO perlu menjadi parti yang menjaga kepentingan orang biasa, tidak rasis, seksis, jumud dan tidak lagi pekak terhadap kehendak rakyat jelata.

“UMNO juga perlu menjadi parti yang berjiwa besar terhadap kaum lain dan mungkin satu hari nanti Barisan Nasional boleh dibina semula sebagai satu rumah besar untuk semua,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, UMNO juga perlu melakukan penstrukturan semula parti secara total, termasuk mengamalkan keterbukaan dalam segala hal, termasuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat, menerima ahli baharu tanpa sekatan dan bebas daripada cengkaman ‘warlords’.

Dalam pada itu, Khairy menerima apa juga keputusan yang dibuat perwakilan.

Beliau juga berharap Perhimpunan Agung kali ini menjadi medan pertembungan idea untuk kebaikan rakyat dan bukan pesta ucapan retorik.

“Biarlah orang yang luar dari ‘sistem parti’ diangkat bersama ke jawatan tertinggi, sama ada ilmuan, profesional serta aktivis, yang mungkin selama ini disekat dan dipinggirkan,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Khairy JamaluddinPresiden UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd