• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesesakan Di Ibu Kota Bukti Kemeriahan Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peluang cuti hujung minggu hari ini dan esok digunakan warga kota membuat persiapan terakhir untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba kurang dari seminggu.

Tinjauan Bernama mendapati laluan utama ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), daerah membeli belah terkenal di sini, mula dipenuhi kenderaan seawal jam 10 pagi dan terdapat beberapa laluan ditutup serta dilencongkan untuk memudahkan pejalan kaki membeli belah.

Pekerja swasta, Faridah Takat, 52, berkata, dia bersama anaknya ke pusat membeli belah di situ seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tempat letak kereta supaya memudahkan urusan pembelian.

“Kami datang awal kerana keadaan tidak begitu sesak serta dapat melihat barangan tanpa banyak gangguan.

“Walaupun awal tetapi keadaan tetap sesak dan ini jelas menunjukkan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

Ibu kepada dua anak, Siti Mariam Abdul Rahman, 31, berkata hampir setiap tahun dia bersama keluarganya mengunjungi dan membeli persiapan barangan Aidilfitri di beberapa kawasan di ibu kota.

“Setiap kali Ramadan saya akan datang berbuka puasa di rumah kakak di sini dan mengambil peluang untuk membeli-belah di jalan TAR sebab banyak pilihan ditawarkan serta senang cari gaya fesyen terbaharu. Harga barangan juga berpatutan dan berkualiti,” kata anak kelahiran Kelantan itu.

Jalan TAR dan sekitar Jalan Masjid India memang terkenal sebagai lokasi pilihan warga Kuala Lumpur untuk berbelanja sempena menyambut kedatangan Aidilfitri berikutan suasananya yang meriah sehingga lewat pagi.

Sementara itu, peniaga Suraya Hilmi turut berkongsi pengalamannya mengenai suasana sambutan Aidilfitri kali ini.

“Setiap tahun suasana di jalan TAR memang meriah. Lebih-lebih lagi dalam jam 10 malam ke atas. Masa itu boleh dikatakan waktu kemuncak kesesakan pengunjung datang membeli-belah,” kata Suraya.

Kebanyakan pengunjung didapati membeli pakaian seperti baju kurung moden, baju melayu, jubah dan kurta. – BERNAMA

Tags: Aidilfitrikesesakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mengiritik kenyataan seorang Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara berhubung kesesakan...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd