Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

MyTeksi Sokong Peraturan SPAD...

KUALA LUMPUR - MyTeksi, perkhidmatan menempah teksi menerusi Internet mengalu-alukan cadangan Suruhanjaya Pengangkutan...

Internet Dipulihkan Di Gaza

GAZA : Kumpulan pemantau data rangkaian masa nyata menunjukkan bahawa sambungan internet sedang...

Azrel Ismail Akui Hanya...

SEBELUM ini, Azrel Ismail pernah mengakui bahawa Ruhainies merupakan insan istimewa dalam hidupnya,...

Prestasi SPRM Pada Tahap...

LABUAN - Prestasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mencapai tahap memuaskan berikutan...

Kes Tembak Pusat Hiburan, Jumpa 25 Kelongsong Peluru

DUA individu dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah pintu hadapan sebuah premis hiburan terkemuka, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pada kejadian jam 10.50 malam itu, tiada individu dilaporkan cedera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seorang saksi memaklumkan terdengar beberapa das tembakan dari arah parkir kereta ke arah dinding pusat hiburan itu.

“Suspek dipercayai melepaskan das tembakan itu ke arah pintu masuk premis berkenaan.

“Ketika kejadian, terdapat empat pekerja berada di luar pintu masuk dan bahagian penyambut tetamu premis itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian, polis menemui 25 kelongsong peluru di kawasan parkir yang terletak 30 meter dari pintu masuk premis berkenaan.


Dalam pada itu, pihaknya masih tidak dapat mengenal pasti jantina dan identiti suspek yang dipercayai menunggang sebuah motosikal.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif kejadian,” katanya. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori