• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Salahguna Kuasa, CEO GLC Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang direman bagi membantu siasatan kes salahguna kuasa membabitkan beberapa projek pembinaan di sini bernilai RM300 juta, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Majistret Mohammad Abduh Md Hafidz membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Khamis lepas oleh bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 12 tengah hari Rabu.

Ia susulan serbuan yang dilakukan suruhanjaya itu di sekitar Lembah Klang melibatkan beberapa premis seperti pejabat dan rumah suspek bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes.

Suspek dipercayai menyalahguna kuasanya bagi memanipulasikan beberapa projek pembinaan yang sedang dijalankan GLC berkenaan.

Menurut jurucakap SPRM, projek itu telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender, namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, pihak yang dilantik berkenaan gagal melaksanakan projek itu.

Berikutan itu, projek berkenaan kemudiannya diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan suspek dan perkara itu sememangnya telah dirancang lebih awal, katanya. – BERNAMA

Tags: GLCKes Salah Guna Kuasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd