• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Patut Teruskan Projek HSR, MRT3

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3) daripada memulakan satu lagi syarikat kereta nasional, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan tidak harus melaksanakan semula langkah-langkah pelindung yang hanya membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan yang tinggi.

“Semasa saya menjadi perdana menteri, saya jadikan satu keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur menerusi pengurangan cukai beransur-ansur dan dengan memperkenalkan insentif sambil memperluas projek pengangkutan awam,” katanya menerusi catatan dalam Facebook dan Twitter hari ini.

Beliau mendakwa susulan itu, harga kereta kini semakin murah berbanding sewaktu beliau mula-mula menjadi perdana menteri manakala penggunaan pengangkutan awam melonjak.

“Bagi jangka panjang, langkah untuk membetulkan masalah legasi masa lalu akan memberi manfaat kepada rakyat dengan penjimatan ratusan bilion ringgit sambil menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih cekap, keberkesanan kos, kurang sesak dan kurang mencemarkan.

“Jangan batal projek-projek pengangkutan awam sedemikian hanya kerana saya yang mulakan dan kembali kepada projek semata-mata atas faktor kebanggaan yang akan lebih memudaratkan rakyat,” katanya.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional baharu.

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-21 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di Tokyo, beliau berkata Proton yang ditubuhkan pada 1983 bukan lagi kereta nasional. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakHSRMRT3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd