• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pahang Alu-Alukan Tawaran Vincent Tan

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang mengalu-alukan kesediaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan untuk membina lapangan terbang di Pulau Tioman dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, bagaimanapun, kerajaan negeri perlu mendengar cadangan penuh daripada tokoh perniagaan terkenal itu sebelum memberi kata putus.

“Kerajaan negeri mengamalkan sikap mesra pelabur dan sentiasa mengalu-alukan jika ada pihak yang berminat, namun kita perlu melihat dan memperincikan cadangan yang dibawa secara holistik dan menyeluruh.

“Kita tahu pembinaan lapangan terbang melibatkan kos yang tinggi jadi sudah pasti kita mahu mendengar terlebih dahulu cadangan beliau dan apa sumbangan yang perlu daripada kerajaan negeri,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Sharkar mengulas laporan media hari ini, bahawa pengasas konglomerat itu telah menyatakan kesediaan untuk membina lapangan terbang dengan perbelanjaan sendiri di pulau peranginan itu yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion.

Tan, yang juga pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Cardiff City, juga menambah amalan menggunakan perbelajaan sendiri juga bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan yang berada dalam keadaan tidak begitu baik.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Lapangan terbang itu, jika dilaksanakan menurut Tan, akan diuruskan oleh kerajaan namun pihaknya memerlukan persetujuan dan tanah bagi urusan pembinaan tersebut.

Mohd Sharkar berkata walaupun gembira dengan tawaran itu, kerajaan negeri tetap meletakkan isu alam sekitar sebagai kepentingan paling utama dalam isu pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman.

“Cadangan pembinaan lapangan terbang di situ sebenarnya sudah lama diutarakan, namun masih tidak dilaksanakan kerana isu alam sekitar. kita perlu pastikan kaedah yang digunakan dan lapangan terbang itu sendiri tidak memberi kesan (kepada alam sekitar).

“Kita perlu dapatkan pandangan dan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut dan juga pandangan mereka yang terlibat,” katanya.

Untuk rekod, cadangan untuk membina lapangan terbang di Pulau Tioman sudah diutarakan sehak tahun 2003.

Mohd Sharkar menambah pihaknya juga perlu mendapatkan kepastian daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) jika mereka berminat dan mempunyai peruntukan untuk membina lapangan terbang tersebut sebelum memberi peluang kepada pihak lain.

Beliau juga mengakui pembinaan lapangan terbang di pulau itu, jika dilaksanakan membolehkan pelancong berkunjung sepanjang tahun kerana perkhidmatan pengangkutan feri ke situ dihentikan pada setiap musim tengkujuh. – BERNAMA

Tags: kerajaan pahangvincent tan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Khas RM100

Penjawat Awam Pahang Terima Kenaikan Khas RM100

15/03/2023
0

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas tahun 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam negeri...

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

17/12/2022
2

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd