• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Sedia Terima Teguran Demi Kebaikan

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran daripada rakyat sekiranya terdapat kesalahan dalam pemerintahan Pakatan Harapan (PH) negeri ini demi kebaikan semua pihak.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri berharap rakyat dapat terus memberi sokongan dan dukungan padu kepada kepimpinannya di negeri ini dalam usaha memastikan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sokongan rakyat sangat penting sama ada untuk kerajaan pusat mahupun negeri dan ia dapat dilihat apabila semua pihak termasuk individu dan badan bukan kerajaan (NGO) sanggup menyumbang dana kepada Tabung Harapan yang sehingga kini sudah mencecah RM75 juta.

“Ini menunjukkan setiap lapisan (masyarakat) sanggup berkorban demi melihat masa hadapan negara yang lebih cerah. Di peringkat Kedah, bukan sumbangan wang yang kami harapkan sebaliknya sokongan, dukungan dan teguran demi kebaikan semua,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah bersama rakyat di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri memberi jaminan kepada rakyat bahawa segala janji yang tersenarai dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 PH negeri ini untuk diselesaikan dalam tempoh 100 hari akan ditunaikan.

“Kami janji akan tunaikannya satu persatu dan satu daripadanya adalah untuk menyelesaikan masalah bekalan air iaitu tindakan tertentu telah diambil dan laporan juga telah diterima dan kawasan yang bermasalah sebelum ini telah menerima bekalan air yang cukup.

“Ada juga kawasan lain yang masih mengalami masalah air tetapi kami janji akan usahakan ia dalam masa dan kadar terdekat bagi memastikan bekalan air di negeri ini sempurna,” katanya.

Lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum mengunjungi majlis rumah terbuka itu. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd