• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali Bentuk Wajah, Tudung Pasti Nampak Cantik

oleh
19/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI wanita yang bertudung, tudung merupakan mahkota yang paling berharga. Dengan itu, penggayaan tudung yang betul memainkan peranan bagi memperlihatkan bentuk muka kita.

Setiap orang mempunyai bentuk wajah yang berbeza, ada yang wajahnya tirus, lonjong, petak, bentuk hati dan pipi tembam. Disini ada beberapa tips bagi anda menggayakan hijab mengikut bentuk wajah masing-masing.

BENTUK MUKA BULAT
BENTUK MUKA PANJANG
BENTUK MUKA HATI

1. Wajah bujur atau oval – Bentuk wajah yang seimbang dengan dahi yang sedikit luas berbanding pipi dan dagu. Wajah bujur dikatakan bentuk muka idaman wanita.

2. Wajah panjang – Tulang pipi yang tinggi, ukuran tulang pipi ke dagu lebih panjang berbanding lebar muka serta dagu yang runcing.

3. Wajah bersegi – Rahang yang lebar dan menyerlah serta ukuran dahi, tulang pipi dan rahang hampir sama.

4. Wajah bujur sirih atau diamond – Dagu yang runcing dan bahagian dahi jelas lebih lebar berbanding pipi dan dagu. Bentuk wajah diamond juga dikatakan bertuah kerana sesuai menggayakan hampir semua jenis tudung.

5. Wajah bulat – Memiliki tulang pipi yang terlindung dan pipi yang berisi.

Jadi anda berada di kategori wajah bentuk yang mana? Apabila sudah tahu bentuk wajah, pasti anda akan lebih mudah untuk memilih penggayaan tudung yang sesuai.

Maka setelah pakai tudung mengikut penggayaan yang sesuai, pasti wajah akan bertamba berseri-seri. Di sini disenaraiakan panduan pemilihan tudung mengikut wajah:

1. Wajah bujur atau oval – Anda amat bertuah kerana boleh memilih untuk menggayakan apa jua fesyen tudung.

2. Wajah panjang – Gayakan tudung yang menutupi bahagian dahi untuk menyeimbangkan bentuk wajah. Penggunaan anak tudung ataupun jenis tudung yang melekap di dahi membantu menutup sebahagian dahi untuk mendapatkan ilusi bentuk muka yang lebih kecil.

3. Wajah bersegi – Pilih tudung yang menutupi sebahagian rahang untuk melembutkan penampilan wajah. Tudung awning juga sesuai untuk mencipta ilusi bentuk muka yang panjang.

4. Wajah bujur sirih atau diamond – Anda juga seorang yang bertuah kerana boleh menggayakan hampir semua fesyen tudung. Namun gaya tudung loose tanpa pin adalah gaya terbaik kerana ia membuatkan rahang anda nampak lebih terbuka dan seimbang.

5. Wajah bulat – Pilih tudung yang mempunyai awning atau yang mempunyai lipatan di bahagian bawah tulang pipi serta tidak melekap di dahi. Tudung gaya loose di bahagian pipi juga sangat sesuai untuk memberikan ilusi wajah yang lebih bujur.

Sempena hari raya, pasti anda sudah ada idea untuk menggayakan tudung mengikut bentuk wajah anda. Apa lagi, pergi gosok tudung dan mula cari tutorial penggaya tudung di internet. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: bentuk wajahgaya tudungNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beras Merah Lebih Khasiat Berbanding Beras Putih

Next Post

Piala Dunia: Kehadiran Salah Bakal Cabar Tuan Rumah

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Piala Dunia: Kehadiran Salah Bakal Cabar Tuan Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd