• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Kereta Sumbang RM311,000 Kepada THM

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tabung Harapan Malaysia (THM) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM311,000 daripada 17 kelab kereta seluruh negara melalui penganjuran konvoi amal ‘Drive To A Greater Malaysia’.

Sumbangan program anjuran Weekend Drive Group (WDG) itu, yang melibatkan penyertaan seramai 320 pemandu dari pelbagai jenis kenderaan, diserahkan Pengerusinya Datuk Nordin Ahmad di Dataran Masjid Putra di sini.

Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Selangor Amirudin Shari menerima sumbangan itu bagi pihak kerajaan.

Bercakap kepada pemberita, Nordin berkata inisiatif itu untuk membantu kerajaan meringankan bebanan hutang negara, yang dimulakan sejak 1 Jun lepas, berjaya mengumpul RM300,000 melalui sumbangan individu dan beberapa syarikat.

“Baki RM11,000 dikumpul melalui penjualan topi, baju dan cenderahati kelab di destinasi penjelajahan berlangsung,” katanya.

Nordin berkata kejayaan program itu, yang dirancang WDG dalam masa singkat, memberi iltizam kepada mereka untuk meneruskan usaha mengumpul dana pada masa akan datang.

“Kami ingin menjadi sebahagian daripada pembawa perubahan lepada negara malah, merasa bangga dan berpuas hati kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu kerajaan,” katanya.

Antara kelab yang mengambil bahagian dalam konvoi amal itu ialah Kelab Audi Malaysia, Kelab Ranger Truckers, Lotus Official Club Malaysia, BMW Club Malaysia, RX8 Society dan Hilux Club Malaysia. – BERNAMA

Tags: Tabung Harapan MalaysiaWeekend Drive Group
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Akaun Putuskan Guna Wang THM

07/02/2019
0

PUTRAJAYA - Sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir akan memutuskan penggunaan wang Tabung...

Kerajaan Amat Hargai Sumbangan Rakyat Kepada Tabung Harapan

23/12/2018
0

PUTRAJAYA - Menjelang penutupan rasmi Tabung Harapan Malaysia (THM) yang berkuatkuasa pada 31 Disember 2018, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd