• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Sempadan Oleh AADK Diperketatkan

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Padang Terap akan terus berkolaborasi dengan Unit Antidadah Sempadan Bukit Kayu Hitam dalam usaha meningkatkan kawalan penyeludupan di sempadan negara.

Ketua AADK Daerah Padang Terap, Zainal Abidin Ismail berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan tiada lagi kes membawa masuk dadah oleh sindiket dan aktiviti pengedaran di pintu masuk sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, di Kubang Pasu dan juga di Durian Burung, Padang Terap yang mempunyai jaringan laluan sempadan yang berhampiran dengan Thailand.

“Kami sentiasa memberi tumpuan hal ini, dan setiap maklumat dan risikan yang diperoleh kami akan sentiasa berhubung dan bertindak untuk memastikan bekalan dadah dan kegiatan pengedaran dadah di sempadan dikekang.

“Ini penting bagi memastikan dadah yang ingin dibawa masuk dapat dipatahkan lebih awal sebelum ia merosakkan masa depan pelajar, remaja dan golongan belia di negara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya agensi itu di sini, hari ini.

Kira-kira 300 pengunjung hadir termasuk Orang Kena Pengawasan (OKP) Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) dan wakil jabatan serta agensi-agensi kerajaan di daerah ini.

Sementara itu, Zainal Abidin turut berpuas hati apabila kempen serta program kesedaran yang diadakan bersama pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menurunkan kadar penglibatan pelajar dengan masalah dadah.

“Setakat ini hanya enam pelajar dikesan berbanding 36 pelajar tahun lalu yang terlibat dengan masalah dadah dan kami sedia membantu pihak sekolah termasuk membuat ujian saringan air kencing kepada pelajar yang disyaki dan membawa mereka mengikuti program-program pemulihan dan kaunseling, setakat ini alhamdulillah kami mendapat sokongan kuat daripada pihak keluarga dan masyarakat dalam usaha tersebut, ” katanya.

Untuk rekod, berdasarkan statistik AADK 252 penagih dadah pelbagai peringkat umur ditahan dalam daerah ini berbanding 270 orang yang ditahan pada tempoh sama tahun lalu. – BERNAMA

Tags: AADK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Seret, Pukul Ibu Sendiri Kerana Isu Wang

Next Post

KDN Tahu Jamal Masih Berada Di Indonesia

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

Next Post

KDN Tahu Jamal Masih Berada Di Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd