• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kari Atau Rendang Itik Pelengkap Juadah Aidilfitri

oleh AK-47
14/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Aidilfitri seolah-olah tidak lengkap tanpa hidangan rendang atau kari itik yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Melaka.

Daging itik yang lebih kenyal berbanding ayam dan daging, menyebabkan penggemar itik sanggup mencari lokasi penjual itik untuk dijadikan hidangan menjelang hari lebaran.

Bagi penduduk di sekitar Masjid Tanah, kawasan berhampiran lampu isyarat simpang empat ke Kampung Ayer Limau dan Lendu, menjadi tumpuan kerana terdapat sekurang-kurangnya empat peniaga itik di kawasan itu.

Peniaga, Isa Awal, 60, dari Kampung Ayer Limau, berkata dia dan empat anaknya menjadikan lokasi berkenaan sebagai landasan untuk memperdagangkan itik nila daging yang diperoleh daripada pemborong di Ipoh, Perak.

“Sejak 10 tahun lalu saya mendapatkan bekalan itik daripada pemborong itu yang mendapatkan bekalan daripada beberapa penternak di sekitar Ipoh.

“Saya jual itik RM30 seekor manakala ayam telur RM10 seekor dengan setiap itik dan ayam itu saya salai dengan api dapur gas bagi menghilangkan bulu halus,” katanya ketika ditemui di gerainya, semalam.

Dia berkata, secara relatifnya harga itik berkenaan lebih rendah berbanding itik nila hidup yang dibela kebanyakan penduduk kampung yang mampu mencecah RM19 satu kilogram (kg).

Katanya, purata berat seekor itik nila hidup adalah antara tiga hingga empat kg, sekali gus menjadikan harga purata seekor adalah RM57 hingga RM76.

“Itik hidup sangat mahal. Jadi, kebanyakan penggemar daging itik memilih untuk membeli itik yang sudah siap diproses dan disalai seperti yang saya dan peniaga lain sediakan di kawasan ini,” katanya.

Isa yang berniaga ayam percik di pasar malam pada hari biasa berkata, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, dia mampu jual itik yang purata beratnya antara dua hingga 2.5 kg itu antara 70 hingga 80 ekor dalam tempoh dua hari.

Sementara itu, pelanggan Abu Hanifah Sulaiman, 56, berkata dia amat gemar akan itik kerana isinya lebih kenyal berbanding ayam dan daging lembu biasa.

“Daging sekarang dijual pada harga RM34 sekilogram. Saya kurang membeli daging kerana harganya terlalu tinggi.

“Jadi, saya beralih kepada itik kerana saya amat gemar itik masak rendang yang dibuat isteri saya,” katanya. – BH Online

Tags: itikjuadah aidilfitri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Sekatan Pengimportan Ikan, Tiada AP Dikeluarkan

Next Post

APMM Tahan Bot Disyaki Guna Bom Ikan

Related Posts

16 Juta Ayam, Itik Dijangkiti Selesema Burung Dihapuskan Di Perancis

04/05/2022
0

PARIS – Kementerian Pertanian Perancis menyatakan bahawa kira-kira 16 juta ayam, itik dan burung ternakan lain dihapuskan sejak November tahun...

Menteri Nafi Gesa Rakyat Makan Itik Susulan Harga Ayam Mahal

25/11/2021
0

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan beliau menggesa pengguna di negara...

Next Post

APMM Tahan Bot Disyaki Guna Bom Ikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd