• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
08/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia selepas mengalami keracunan makanan di Hospital Seri Manjung di sini semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ding Lay Ming berkata mangsa dan enam lagi anggota keluarganya mengalami gejala keracunan makanan antara 1 pagi dan 5 pagi pada Jumaat lalu, sebelum mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta pada hari yang sama.

Beliau berkata gejala yang dialami mereka adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam, manakala seorang daripadanya mengalami sawan.

“Empat kes dimasukkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut pada Sabtu lalu (2 Jun) dan kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia kerana mengalami komplikasi semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung semalam,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Dr. Ding berkata anggota keluarga mangsa yang sedang mendapatkan rawatan kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian keracunan makanan melibatkan keluarga terbabit yang tinggal di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Dr. Ding berkata siasatan dan verifikasi di fasiliti kesihatan di sekitar lokasi gerai-gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pepuyu dan Bazar Ramadan di Titi Gantung mendapati tiada peningkatan kejadian kes ‘Acute Gastroenteritis’ dan keracunan makanan dikesan sejak 31 Mei sehingga kini.

”Ia kejadian terpencil dan hanya melibatkan keluarga ini sahaja. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakKeracunan Makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd