• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Bonda Sultan Johor Tiba Untuk Dimakamkan

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jenazah bonda Sultan Johor, Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), malam ini, untuk dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, esok.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom tiba dari London di Hangar Diraja LTAS pada kira-kira 11 malam dengan menaiki pesawat peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketibaan jenazah disambut Sultan Ibrahim; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; kerabat damping; Jumaah Majlis Diraja Johor; Menteri Besar, Datuk Osman Sapian serta barisan Exco kerajaan negeri.

Jenazah kemudian diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor dan tiba di istana berkenaan pada kira-kira 11.45 malam untuk disemayamkan.

Istiadat Pemakaman Almarhumah, esok, diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja dan jenazah akan ditarik oleh sebuah pedati khas membabitkan 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Jenazah Almarhumah akan dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat akibat kanser pada 5 Disember 2015.

Hajah Khalsom, 83, atau nama asalnya, Josephine Ruby Trevorrow dilahirkan pada 2 Disember 1935 di Cornwall, England.

Almarhumah yang mangkat pada 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London, 1 Jun lepas dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hasil perkahwinan bersama Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Pantau Prestasi Anggota EXCO

22/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah walaupun barisan kepemimpinan negeri telah bertukar, namun,...

Sultan Johor Murka Ahli Majlis Guna Bahasa Cina Dalam Surat Rasmi

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini murka dengan dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd