• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Kaca Tarikan Baru Di Taman Buaya Langkawi

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Crocodile Adventureland Langkawi, satu daripada kawasan tarikan pelancong di pulau peranginan ini yang dibangunkan oleh Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd, merancang membina jambatan kaca yang pertama dan paling panjang di Malaysia, tahun depan.

Jambatan kaca sepanjang 300 meter merentasi kolam yang penuh dengan buaya raksaksa di taman yang terletak di Jalan Datai di sini itu akan menambahkan debaran dan keseronokan kepada pelawatnya, kata Pengurus Besar taman itu Adam Fuaad.

“Kami merancang untuk memulakan pembinaannya sekitar Jun tahun ini dan dijangka akan siap dalam tempoh separuh masa kedua tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Menurut Adam, jambatan kaca itu akan menjadi satu elemen baru yang disuntik dalam operasi mereka bagi mengekalkan kedudukan Crocodile Adventureland sebagai satu daripada pusat pelancongan terbaik di Langkawi.

“Kami telah melaksanakan penjenamaan semula dan pemasaran secara intensif sejak tiga tahun lepas dan tahun ini, kami telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan oleh TripAdvisor (sebuah laman sesawang pengembaraan terbesar dunia) ,” katanya.

Adam berkata taman itu dengan populasi kira-kira 4,000 ekor buaya, juga telah disenaraikan oleh TripAdvisor sebagai satu daripada tarikan utama pelancongan di pulau ini.

“Kami berterima kasih di atas ulasan baik dan undian yang kami terima daripada pelancong yang membolehkan kami diberikan pengiktirafan ini. Kami sentiasa mengalu-alukan komen daripada pelawat kami,” katanya.

Selain statusnya sebagai tarikan pelancongan utama, Adam berkata, Crocodile Adventureland juga menjadi pusat rujukan dari dalam dan luar negara bagi mereka yang memerlukan konsultasi khusus mengenai reptilia tersebut.

Adam berkata, paling terkini ialah perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak yang ingin menjalin kerjasama untuk menubuhkan sebuah pusat perlindungan buaya di negeri itu yang menghadapi masalah jumlah reptilia berkenaan yang terlalu banyak.

“Kami telah dijemput untuk menjadi perunding dan menjalankan kempen pendidikan di kalangan masyarakat tempatan di Sarawak tentang cara menangani buaya,” katanya sambil menambah bahawa taman buaya itu juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan untuk beberapa buah universiti tempatan. – BERNAMA

Tags: tarikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Tak Peduli Siapa Bertanding Presiden UMNO

Next Post

Everest Jadi Tempat Pembuangan Sampah

Related Posts

Walabi, Helang Merah ‘Keluarga Baharu’ Zoo Melaka

05/12/2018
0

MELAKA - Zoo Melaka dan Night Safari bakal menerima kehadiran ‘anggota keluarga baharu’ melibatkan lima pasang walabi dan tiga ekor...

Buah Tin Tarikan Baharu Pelancong Di Janda Baik

16/10/2018
0

BENTONG – Satu lagi kawasan peranginan tanah tinggi di Pahang, Janda Baik, bakal menjadi pusat tarikan pelancong bila muncul sebagai...

Next Post

Everest Jadi Tempat Pembuangan Sampah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd