• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jack Ma Kagum Pengetahuan Dr. M Tentang Teknologi

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini, terkejut dengan pengetahuan Perdana Menteri tentang teknologi.

“Saya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut beliau, pada pertemuan selama sejam bermula pada kira-kira 9 pagi itu, mereka berkongsi banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaskan lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan kecil.

“Pertemuan ini sungguh bermanfaat,” kata Ma, yang berada di ibu negara untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur, lewat hari ini.

Ma berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia yang ditubuhkan bagi merangsang pertumbuhan e-dagang melalui penyediaan platform serba canggih bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menjalankan perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

Ma dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada majlis jamuan tidak rasmi malam tadi.

Laporan media menyebut bahawa Ma sebenarnya berhasrat mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir awal bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Dr. Mahathir mahu memberi fokus terhadap urusan menyusun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru ditubuhkan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN), yang mentadbir negara sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.

Pertemuan Ma dan Dr. Mahathir diadakan ketika kerajaan PH berikrar untuk mengkaji semula beberapa projek yang diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini dengan sokongan Beijing kerana kerajaan baharu lebih berminat mengadakan kerjasama ekonomi dengan Jepun.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dilaporkan berkata projek DFTZ akan diteruskan. – BERNAMA

Tags: Jack MaTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd