Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Steps To Make Statement

Men and women who help capital punishment argue that it's simply a repayment....

The Malaysian Insider Henti...

KUALA LUMPUR - The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The...

Mangsa PATI Hilang Di...

JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan jumlah mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tragedi...

Dulu Bising Suruh Kahwin,...

NAK berubah ni bukan hanya dengan sekelip mata. Lagi elok berubah ke arah...

Isu Pencemaran Jejaskan Nelayan Akan Disemak

PONTIAN – Kerajaan akan melakukan semakan semula terhadap status dan tahap isu pencemaran yang dihadapi nelayan pada masa ini bagi menentukan kadar bantuan yang perlu disalurkan kepada golongan itu bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata kadar bantuan ini merangkumi kos sara hidup, geran dan pelbagai bantuan bermusim memandangkan ramai nelayan kehilangan punca pendapatan akhir-akhir ini akibat pencemaran dari projek tertentu antaranya penambakan benteng pemecah ombak di Mukim Serkat di sini.

“Semakan ini bukan untuk hapuskan (bantuan) tetapi tentang status tahap pencemaran dan berapa jumlah bantuan yang perlu diberikan. Lebih penting saya akan pastikan data-data itu adalah sahih dan bukan data yang dimanipulasi atas sebab politik.

“Semakan juga melibatkan pelbagai pihak khususnya di peringkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian serta ketua kampung bagi memastikan setiap bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan dan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Pontian hari ini.

Beliau ditanya mengenai permintaan pampasan oleh nelayan-nelayan Mukim Serkat yang terjejas akibat projek penambakan benteng pemecah ombak.

Salahuddin berkata pihaknya akan mengadakan sesi dialog bersama golongan itu selepas perayaan Aidilfitri bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu terbabit dan isu-isu lain yang dikirakan perlu diselesaikan segera.


Mengulas mengenai perkembangan projek ternakan Johor sebagai pengeluar lembu daging terbesar negara, Anggota Parlimen Pulai itu berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja yang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan.

“Ketua Setiausaha kementerian dan pegawainya sedang menyediakan kertas kerja itu dan setelah siap ia akan dikemukakan kepada Kabinet dan sekiranya diterima, kita akan melancarkannya,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori