• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istana Negara Sah Ada Lagi Angkat Sumpah Menteri

oleh
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Istana Negara di ibu negara hari ini memaklumkan bahawa istiadat mengangkat sumpah baki barisan Kabinet akan berlangsung di Istana Negara, pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun lalu.

“Pihak istana ingin memaklumkan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan media, tengah malam tadi.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk kepada laporan berita yang disiarkan portal Malay Mail Online semalam yang bertajuk ‘Cabinet List Delay? Dr. M says ball in Agong’s court’.

“Pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Ahmad Dahlan.

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata baki senarai menteri telah dimuktamadkan dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Istana Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

10/05/2025
0

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan empat pegawai dan 79 anggota...

Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

27/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Presiden Indonesia, Prabowo Subianto diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara hari ini bersempena lawatan negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd