• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isi Borang Balik Kampung Sebelum Pulang Raya

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri diingatkan untuk mengisi borang balik kampung supaya memudahkan polis membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Sarawak, SAC Shafie Ismail berkata polis akan terus melaksanakan fungsi dan peranannya dalam memastikan keselamatan masyarakat serta kepentingan harta benda awam dan rumah persendirian yang ditinggalkan sentiasa dalam keadaan selamat.

Beliau berkata semua jabatan agensi tersebut di Sarawak digerakkan bagi melaksanakan tugas rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi dan pemantauan kawasan kediaman serta premis perniagaan sepanjang tempoh cuti perayaan ini.

“Bagi mencapai objektif Op Selamat ini, polis tidak mampu bertindak sendirian, saya menggesa masyarakat yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing hendaklah mengambil langkah keselamatan yang difikirkan perlu…di samping mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh diperoleh di balai polis berdekatan atau dimuat turun daripada portal rasmi polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Op Selamat sempena Aidilfitri peringkat Sarawak di sini hari ini, turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt. Alexson Naga Chabu.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Shafie berkata menerusi kerjasama semua jabatan polis, kes pecah rumah melibatkan geng rantau pada Hari Raya juga diyakini dapat ditangani.

“JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) telah ambil langkah sewajarnya tangani isu ini, kita harap tidak ada lagi dan untuk Op Selamat dalam masa terdekat, tidak ada lagi kes samun melibatkan geng rantau,” katanya. – BERNAMA

Tags: balik kampung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LLM Jangka 3.49 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

LLM Jangka 3.49 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

17/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 3.49 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara...

Plaza Tol Gombak Sesak, Ramai Mula Pulang Ke Kampung

Plaza Tol Gombak Sesak, Ramai Mula Pulang Ke Kampung

18/04/2023
0

PETALING JAYA – Plaza Tol Gombak mula dibanjiri kenderaan bagi orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri tidak lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd