• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif Untuk Pemandu Teksi Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM898,500 sebagai insentif kepada sejumlah 2,995 pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini bagi menghargai perkhidmatan mereka, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata sumbangan sebanyak RM300 setiap orang itu membabitkan 2,342 pemandu teksi dan 653 pengusaha bas sekolah yang mempunyai permit sah di negeri ini.

“Insentif itu menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan serta khidmat bakti anda kepada perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

“Selagi Pakatan Harapan memerintah (Pulau Pinang), kami akan meneruskan pemberian ini dan saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menambah jumlah sumbangan berkenaan pada masa hadapan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemberian Insentif Kepada Pemandu Teksi dan dan Pengusaha Bas Sekolah di Pulau Pinang di sini, hari ini.

Katanya sumbangan itu juga adalah sebagai usaha kerajaan negeri membantu mengurangkan beban yang dihadapi pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Pemandu Teksi Pulau Pinang (Gabungan), Abdul Malik Darus pada sidang akhbar selepas majlis itu, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana masih meneruskan memberi insentif berkenaan sejak diperkenalkan pada tahun 2013.

Katanya pihaknya juga berharap kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat melindungi kepentingan pemandu teksi yang terjejas pendapatan akibat kewujudan Uber, perkhidmatan kereta sewa menerusi tempahan secara dalam talian.

“Gabungan menggesa kerajaan pusat supaya segera tangani isu Uber, yang nyata menjejaskan pendapatan para pemandu teksi di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemandu teksiPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd