Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Banjir: SKMM Perlu Cari...

KUANTAN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mencari inisiatif untuk memasuki...

Kim K Ucap Romantis...

SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian menzahirkan perasaaannya sempena menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya dengan...

Kerajaan Giat Usaha Draf...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang...

Ronaldo Rangkul Ballon d’Or...

CRISTIANO Ronaldo disebut-sebut akan memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali kelima dalam satu...

Imej Baru Shaheizy, Kena Hentam Bagai ‘Nak Rak’

PELAKON yang terkenal menerusi watak Inspektor Khai dalam filem Polis EVO, Shaheizy Sam teruk dikecam selepas memuat naik beberapa keping gambar yang mengundang ketidakpuasan hati netizen tempatan.

Menerusi entri berkenaan, penampilan terbaru suami kepada pelakon, Syatilla Melvin yang berambut blonde dan memakai anting-anting di telinga serta hidung ternyata menjadi perdebatan ramai di media sosial.

Rata-rata netizen mengatakan penampilan baharu yang dikenakan oleh Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad agak tidak sesuai dengan imej seseorang yang beragama Islam.

Malah, ada juga segelintir pihak yang meluahkan rasa kecewa dengan imej terbaru bapa kepada Syeriv Samheizy itu dan berpendapat walaupun anting-anting yang dipakai oleh pelakon itu palsu namun tindakannya itu tetap salah.


Bukan itu sahaja, adik kepada pelakon, Zizie Ezette itu turut menerima kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata meminta agar dia tidak memuat naik sebarang entri yang boleh membuat orang ramai bersangka buruk.

Sehingga kini, gambar berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen khususnya menerusi laman sosial Instagram. – Mynewshub.tv

Kategori