• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikrar Dedah Penyelewengan Jika Benar Berlaku

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Kementeri Pertahanan sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini jika ia terbukti benar berlaku.

Katanya, terdapat beberapa isu berkaitan kementerian itu sebelum ini ditimbulkan terutama berkaitan perolehan aset ketenteraan dan ia akan disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

“Dalam kempen-kempen pilihan raya kita sentuh mengenai Kementerian Pertahanan ini antara yang menjadi sasaran dan perkara yang ditimbulkan termasuk oleh Tan Sri Rafidah Aziz (berkaitan penswastaan tanah Angkatan Tentera Malaysia).

“Sebelum itu kita juga sentuh tentang pembelian kapal selam Scorpene dan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Pertahanan termasuk (pembunuhan model Mongolia) Altantuya Shaariibuu dan sebagainya, terlalu banyak,” katanya dalam temubual bersama Bernama di Wisma Bernama di sini, baru-baru ini.

Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu.

Dalam pada itu, Mohamad yang baru sahaja mengemudi kementerian itu kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu berkata, pada masa ini tidak banyak dasar yang telah dilaksanakan kementerian itu yang akan diubah, sebaliknya hanya akan ditambah baik terutama berkaitan pelaksanaannya.

Katanya antara dasar kementerian yang akan diteruskan termasuk hubungan kerjasama ketenteraan dengan negara-negara jiran dalam mengawasi perairan dan kerjasama latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat selain komitmen untuk mengukuhkan perjanjian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan).

Beliau turut mengulangi komitmen untuk terus memelihara kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan kesiapsiagaan mereka dalam menjadi benteng mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kedudukan kewangan dan ekonomi negara kita sekarang ini mungkin memerlukan kita untuk menyesuaikan dengan keadaan itu tetapi walau apa pun hal, kebajikan dan kesiapsiagaan tentera kita itu tidak boleh kompromi,” katanya.

Mohamad turut berkata program dan perkara lain diputuskan sebelum ini termasuk status Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut akan dikaji secara mendalam sebelum cadangan untuk menentukan statusnya dikemukakan dan diputuskan kabinet. – BERNAMA

Tags: Kementerian PertahananMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Achey Dulu Berdua, Kali Ini Sambut Aidilfitri Bertiga!

Next Post

206 Saman Bagi Op Selamat Aidilfitri Di Shah Alam

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Next Post

206 Saman Bagi Op Selamat Aidilfitri Di Shah Alam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd