• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKEA Henti Jual Produk Plastik Menjelang 2020

oleh
10/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN… Syarikat gergasi perabot antarabangsa dari Sweden, IKEA akan henti penjualan segala produk plastik pakai buang seperti straw, cawan dan beg pembeku, bermula 1 Januari 2020.

Langkah ini akan berkuat kuasa di semua cawangannya seluruh dunia dan ia sebagai sebahagian daripada usaha terbaharunya untuk menggalakkan kehidupan secara mampan, menurut satu kenyataan media IKEA semalam.

“IKEA akur bahawa plastik pakai-buang boleh membahayakan hidupan liar dan cemar laut serta saluran air jika tidak dibuang secara betul. Kami bertekad memainkan peranan dan bertanggungjawab,” menurut kenyataannya.

Pengumuman itu dikeluarkan sejajar dengan acara tahunan Hari Rekaan Demokratik diadakan di Almhult, Sweden, menyaksikan para pereka IKEA sendiri mempamerkan perabot rumah yang dibuat daripada barangan kitar semula.

Ia dianjurkan untuk bantu masyarakat agar hidup secara lebih lestari. Tahun ini IKEA mendedahkan perancangan untuk menjadi sebagai sebuah organisasi perniagaan yang “positif terhadap iklim” menjelang tahun 2030.

Ini merangkumi rancangan untuk membungkus produk dalam bahan yang dikitar semula atau boleh diperbaharui, dan meningkatkan pilihan berasaskan kepada tumbuh-tumbuhan dalam makanan yang dijual di gedung IKEA.

Buat masa ini, 60 peratus daripada barangan IKEA diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh diperbaharui, manakala 10 peratus pula dibuat daripada barangan kitar semula, kongsi jurucakap IKEA kepada Reuters.

Malahan pihak pengurusan IKEA Rantau Asia Tenggara, pemegang francais yang memiliki dan mengendali semua gedung IKEA di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand, akan turut sama dalam usaha mesra alam sekitar ini.

Barangan plastik pakai-buang yang akan dihentikan jualannya menjelang tahun 2020 termasuk straw minuman SODA dan SÖTVATTEN, beg beku FÖRNYBAR, kampit air batu ISIGA dan beg sampah FÖRSLUTAS.

“Ia memerlukan iltizam kuat untuk bina perniagaan mampan dan kami sedang menuju ke arah itu secara aktif dalam setiap fungsi dan aspek kehidupan harian,” kata pengarah kemampanan IKEA Asia Tenggara, Lars Svensson.

“Lebih utama lagi, kami menjemput para pelanggan kami untuk turut serta dalam usaha ini. Menerusi huraian yang kami tawarkan, kami berharap berjuta-juta lagi orang akan mengambil langkah-langkah kecil di rumah.

“Ia sekali gus diharap dapat menjimatkan tenaga, mengurangkan penggunaan produk tidak mesra alam dan mengitar semula bahan buangan, dan memulihara air,” jelas Svensson. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd