• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Selatan Atasi Tok Gajah 2-1 Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menumpaskan Pahang 2-1, di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini, sekali gus mengukuhkan cengkaman untuk mendahului carta Liga Super dengan perbezaan 11 mata.

Tuan rumah cuba merobek pintu gol lawan pada minit ke-6 menerusi tandukan kencang Norshahrul Idlan Talaha yang menerima hantaran Matthew Thomas Davies, namun percubaannya itu tidak berhasil.

Skuad Harimau Selatan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-32, apabila Fernando Andrez Marquez menanduk cantik ke gawang Pahang selepas menyambut hantaran Fernando Gaston yang mengambil sepakan percuma.

Pada babak kedua, skuad Tok Gajah menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan untuk mengekang kemaraan JDT. Kegigihan Pahang berbaloi apabila mereka berjaya meledakkan gol menerusi pemain import, Issey Farran Morgan Nakajima pada minit ke-84.

Namun, JDT bangkit untuk mendahului menerusi Gonzalo Gabriel Cabrera yang mengambil sepakan penalti pada minit ke-90 selepas penjaga gol Pahang, Mohd Helmi Heliza Elias menjatuhkan Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti.

JDT kekal di kedudukan teratas dengan 38 mata selepas 15 perlawanan, diikuti Perak (27 mata), Pahang, Kedah dan Terengganu FC I (kesemua 24 mata). – BERNAMA

Tags: JDTLiga Super
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd