Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

2 Warga India Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan dua mayat lelaki warga India dipercayai dibunuh di...

Gagal TPPA Tidak Bererti...

ALOR SETAR - Kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimuktamadkan susulan tindakan Amerika Syarikat...

Malaysia Bentuk Semula Agensi...

SENDAI (Jepun) - Malaysia bercadang membentuk semula agensi pengurusan bencana untuk menjadikannya lebih...

Atikah Suhaime Serius Mahu...

PELAKON baharu kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini serius mahu menempa nama sebagai penyanyi. Justeru Atikah...

Harga Minyak Orang Kaya Turun, Tapi Yang Miskin…

SEMALAM, agak pelik apabila alam maya tempatan langsung tidak kecoh dengan pengumuman harga minyak petrol RON 97 jatuh cuma satu sen untuk tempoh seminggu sehingga 27 Jun depan.

Lazimnya, sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, netizen antikerajaan (dibaca: kini prokerajaan Pakatan Harapan – PH) akan ‘melalak’ pertikai kenapa hanya turun begitu kecil macam perangai orang kedekut.

Walhal satu Malaysia (ops silap: satu dunia) maklum harga minyak mentah global jatuh awal minggu ini susulan tindakan Pertubuhan Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran yang ditahan sejak 2017.

Lucunya, di Malaysia berita penurunan harga minyak jenis premium oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat Rabu tidak disambut ‘meriah’ oleh pengguna media sosial tempatan.

Di manakah silapnya? Ironi harga petrol RON 95 dan Diesel masih kekal tidak berubah masing-masing RM2.20 dan RM2.18 iaitu angka yang sama ditetapkan sejak zaman kerajaan BN belum ‘tumbang’ lagi iaitu pada 22 Mac lepas.

Ini cetus persoalan cepumas, bukankah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam sidang media pasca-Kabinet PH pertama pada 22 Mei lalu mendakwa konon harga boleh jatuh mengikut trend pasaran global.

“Takkanlah harga minyak di Malaysia kena turun, sedangkan harga minyak antarabangsa pula sedang naik?” soal beliau secara sinis kepada wartawan apabila ditanya janji manifesto PH untuk RON 95 ditetapkan kepada RM1.50.

Begitulah sindiran ‘tajam’ Mahathir seolah-olah cuba lepas tanggungjawab menunaikan janji manis PH sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu dengan beri dalih konon kerajaan tanggung hutang RM1 trilion.

Anehnya, ketika harga minyak mentah dunia jatuh secara signifikan, hanya RON 97 atau biasanya disebut sebagai minyak orang kaya yang diumumkan KPDNKK turun, tetapi minyak orang miskin pula tetap sama lebih tiga bulan!


Jauh sekali hendak lihat ia merudum sehingga RM1.50 sebagai mana propaganda PH konon sehari selepas ‘tawan’ Putrajaya pada PRU, rakyat marhaen akan menikmati harga minyak jauh lebih murah berbanding era BN dahulu.

Hakikatnya, cuma orang kaya dengan kereta mewah sahaja ‘ceria gembira’ dapat merasai harga RON 97 yang makin murah sejak dua minggu berturut-turut manakala pemandu kereta kecil dan motosikal masih lagi bayar harga sama.

Ternyata kerajaan PH hebat memanipulasi janji untuk tinggal janji dengan berselindung di sebalik alasan ‘bodoh’ konon terpaksa mewarisi hutang mega peninggalan BN yang sengaja diperbesarkan demi menakut-nakutkan rakyat.

Teringat antara kata-kata legenda Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa zaman Reformasi pada 1998 dahulu beliau lantang kutuk Mahathir dengan mendakwa: “Orang kaya semakin kaya, tetapi orang miskin pula jadi papa kedana!”

Kelakarnya ayat tersebut semakin ‘tenggelam’ diperkatakan netizen pro-PH dan lebih unik, mereka langsung tidak teruja membincangkan harga minyak, malah bersyukur pula ia tidak jatuh kepada RM1.50. – Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar sindiran…

Kategori