• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Jalur Lebar Dijangka Turun 25% Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus akhir tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Ini berikutan pelaksanaan Standard Mandatori bagi Harga Capaian (MSAP) sejak 8 Jun lepas, katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini.

“Pihak-pihak yang berkaitan kini sedang dalam perbincangan dalam penetapan harga borong dan proses tersebut dijangka berakhir pada Julai atau Ogos yang mana selepas itu pakej jalur lebar pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan MSAP pada 8 Jun lepas (2018) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun ini.

“Perbincangan akan diadakan di antara telco (syarikat telekomunikasi) tentang sama ada rebat akan diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Gobind berkata SKMM turut diminta untuk mempertimbangkan langkah-langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar dan memantau harga jalur lebar di negara ini supaya harga pakej permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat.

Katanya berdasarkan perbandingan antara negara jiran, Thailand menawarkan harga permulaan 50 megabit per second (Mbps) sebanyak RM74 dan Singapura RM134 untuk 1 gigabit per second manakala Malaysia menawarkan harga RM120 untuk hanya 10 Mbps.

“Ini menjadi punca banyak tanda tanya yang timbul, jadi usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membolehkan harga jalur lebar yang lebih rendah untuk negara dapat bersaing dengan negara jiran lain,” katanya.

Beliau berkata polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.

“Penurunan harga borong ini bakal mengurangkan harga pasaran kepada pengguna,” katanya.

Jelasnya SKMM telah mengkaji polisi MSAP selama setahun sejak 2017 dan semakan harga sepatutnya diperkenalkan pada 1 Jan 2018.

“Bagaimanapun ia tidak dilaksanakan disebabkan rayuan daripada Telekom Malaysia untuk SKMM mengkaji semula beberapa butiran komponen harga,” katanya, sambil menambah keputusan untuk mengkaji semula harga jalur lebar ditangguhkan sementara menunggu pertimbangan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Gobind berkata selepas dilantik sebagai menteri, beliau berpendapat kajian harga tersebut yang akan menurunkan harga pasaran jalur lebar sepatutnya dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoJalur lebar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Tersepit Antara Arab Saudi Dan Iran

Next Post

Sultan Brunei Agih Duit Raya B$1,000 Tanpa Cop Jari!

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

Next Post

Sultan Brunei Agih Duit Raya B$1,000 Tanpa Cop Jari!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd