• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Terus Naik Sejak PH Menang PRU14

oleh
20/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARAPAN rakyat Malaysia khasnya penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) untuk menyaksikan harga barangan jatuh kini bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila keadaan sebaliknya pula berlaku.

Dengan tiada sesiapa jadi menteri menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada bulan lalu, kadar inflasi malah terus naik lagi!

Hari ini, media tempatan melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia; yang mengukur kadar inflasi secara menyeluruh, meningkat 1.8 peratus kepada 121.1 pada Mei 2018 berbanding 119.0 bagi tempoh sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan di Putrajaya, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata kumpulan utama yang catat peningkatan ialah indeks pengangkutan (+3.8 peratus) serta indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+2.2 peratus).

Tidak ketinggalan ialah indeks perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.1 peratus), restoran dan hotel (+2.1 peratus), kesihatan (+1.9 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+1.5 peratus).

Bagi perbandingan dari bulan ke bulan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding April 2018. Ia sekali gus hampir menepati unjuran dikeluarkan firma penyelidikan tempatan RAM Rating Services Berhad di ibu negara semalam.

Mereka meramalkan kadar inflasi Malaysia bagi bulan Mei lalu dijangka meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada April, terutama disebabkan kenaikan ketara harga runcit bahan api runcit yang lebih pantas.

“Justeru, tekanan inflasi daripada komponen bahan api runcit juga dijangka meningkat pada Jun dan Julai depan apabila kesan asas yang rendah daripada tahun lalu meningkat,” kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan.

Ketua Penyelidikan RAM Rating Services Berhad, Kristina Fong berkata, ketidakpastian kekal pada keseluruhan prospek inflasi bagi sepanjang 2018 ketika lebih banyak langkah dasar diperkenalkan oleh pentadbiran baharu PH.

Ini terutama perubahan sistem percukaian daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kembali kepada era lapuk iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang konon dianggap paling relevan bagi anggaran tahun penuh.

Beliau berkata, waima langkah mengenakan GST pada kadar sifar berkuat kuasa pada 1 Jun dijangka mengurangkan tekanan inflasi keseluruhan, pengenalan semula SST mungkin bakal mengimbangi kesan deflasi daripada GST.

“Ia juga tertakluk kepada kadar cukai dan liputan akhir apabila rejim SST dilaksanakan mulai 1 September. Kami akan mengawasi perkembangan rejim tersebut untuk menilai kadar inflasi setahun penuh yang dijangka pada 2018.

“Dengan mengekang impak pelaksanaan SST buat masa ini sehingga butiran lebih pasti diperoleh, kadar inflasi secara keseluruhan untuk tempoh setahun penuh dijangka akan berpurata sekitar 1.6 peratus,” kata Fong lagi.

Menurutnya, jangkaan RAM Rating Services Berhad didasarkan pada pengenalan semula subsidi bahan bakar, harga yang lebih rendah di tengah-tengah penarafan sifar GST dan trajektori pertumbuhan harga makanan yang lemah.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata data indeks keseluruhan tersebut turut terjejas akibat peningkatan dalam kumpulan pengangkutan sebanyak 3.8 peratus sepanjang Mei.

“IHP bagi Januari-Mei mencatatkan peningkatan sebanyak 1.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas,” katanya. Kenyataan itu sekali gus membuktikan kerajaan PH sebenarnya gagal dalam mengawal harga barangan.

Umum maklum sebelum PRU ke-14, pemimpin PH dengan angkuh mendakwa konon harga produk pengguna akan jatuh sebaik blok politik itu menawan Putrajaya demi hasut rakyat benci kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Namun, sejak kadar GST diturunkan kepada sifar peratus pada awal bulan ini, harga barangan di pasaran tetap tidak berubah, bahkan ada mencatatkan peningkatan dan membebankan rakyat marhaen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar sindiran…

Tags: Indeks Harga PenggunaInflasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ditolak Jadi MB, Ismail Kassim Keluar UMNO

Next Post

Tindakan Ismail Keluar, Lompat Parti Tak Logik

Related Posts

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi...

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana 2.0-3.5 Peratus – BNM

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana 2.0-3.5 Peratus – BNM

17/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus...

Next Post

Tindakan Ismail Keluar, Lompat Parti Tak Logik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd