• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Tahu Ismail Keluar UMNO Daripada Media

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau hanya tahu adiknya, Datuk Ismail Kassim keluar daripada UMNO dan bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah berita mengenainya disiarkan media.

“Saya berada di hospital di Kuala Lumpur, saya tidak dengar apa-apa berita atau maklumat mengenai perkara itu sebelum ini,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shahidan berkata buat masa ini beliau hanya menumpukan kepada sesi pemulihan kesihatannya dan akan berada di hospital untuk tempoh yang lama sehingga benar-benar pulih.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man berkata beliau menghormati keputusan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu untuk meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas serta menyertai PPBM.

“Itu adalah satu keputusan yang dia (Ismail) sendiri buat. Sebagai individu beliau berhak buat keputusan terbaik untuk dirinya dan saya yakin beliau sudah mengambil kira dan membuat pertimbangan tertentu sebelum memutuskan perkara itu,” katanya.

Lewat malam tadi, Ismail memaklumkan beliau keluar UMNO selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat bebas dan keputusan itu demi kepentingan rakyat apabila beliau perlu menjalin hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selain memaklumkan akan menyertai PPBM dalam tempoh terdekat.

Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau. – BERNAMA

Tags: Datuk Ismail KassimShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd