• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamil 3 Bulan, Elvina Alami Pendarahan Ketika Shooting

oleh
21/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT terlalu penat bekerja, pelakon Datin Elvina Mohamad yang kini sedang hamil tiga bulan telah mengalami pendarahan ketika berada di satu lokasi penggambaran.

Menurut Elvina, dia mengakui bahawa ketika mengharungi trimester pertama, dia tidak begitu bertenaga terutamanya pada sepanjang bulan Ramadan lalu tetapi disebabkan komitmen kerja, dia tetap gagahkan diri.

“Saya tidak tahu diri hamil kerana sebelum ini, mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.

Namun, selepas dua kali membuat sendiri ujian kehamilan, saya bergegas ke hospital bagi mendapatkan pengesahan doktor.

“Cemas juga apabila berlaku pendarahan ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Keluarga juga risau memandangkan ini pengalaman pertama saya hamil.

“Mungkin saya terlalu penat bekerja, pada masa sama turut berpuasa,” katanya kepada portal BH Online.

Elvina yang juga bunting pelamin turut bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku atas dirinya dan kandungan.

Pada usia kandungannya yang kini sudah memasuki tiga bulan, seluruh anggota keluarganya berasa sangat teruja kerana bayi yang bakal  lahir itu merupakan cucu sulung bagi pihak keluarganya dan suami.

Elvina telah mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan pilihannya yang merupakan seorang usahawan dan selebriti sukan permotoran iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac lalu.

Malah, pelakon muda berusia 23 tahun itu turut memberitahu bahawa selera makannya telah bertambah terutama ketika ada tetamu yang berkunjung ke rumah iaitu sekitar minggu pertama Aidilfitri baru-baru ini.

“Melihat tetamu jamu selera, saya juga tidak ketinggalan untuk turut serta. Setiap kali menerima kunjungan tetamu, setiap kali itu juga saya duduk di meja makan menikmati hidangan bersama-sama.

“Alhamdulillah, buat masa ini, saya masih belum mengidam makanan yang pelik. Cuma, hari itu saya teringin jamah mangga harumanis. Mujur ketika ini, memang musimnya, jadi saya terus beli sekotak bagi menghilangkan keinginan itu,” ujarnya lagi.

Kini Elvina sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama bersiri berjudul Sejuta Rasa Buat Adelia yang menggandingkan dirinya bersama dengan Aliff Aziz, Daiyan Trisha dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: elvinaNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd