Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Harga Minyak Tanah...

KUALA BERANG - Biarpun berdepan dengan masalah kenaikan harga minyak tanah di pasaran namun ia tidak...

Isu Rasuah Diumum Selewat-Lewatnya...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir memuktamadkan senarai...

Enggan Beri Duit Topup,...

BEIJING - Akibat menolak permintaan cucunya yang meminta wang untuk membeli data internet,...

I Am Me DSV...

KALAU dulu semasa di Konsert Nova 2017, Datuk Seri Vida dijemput ke atas...

Gunung Berapi Fuego Terus Meletus, 99 Terbunuh

ESCUINTLA – Letupan gunung berapi Fuego kelmarin terus mengeluarkan lumpur dan debu dengan jumlah kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 99 orang.

Risiko bahaya letusan gunung berapi setinggi 3,763 meter itu menyebabkan operasi pasukan menyelamat ter­halang selepas mengeluarkan lava pada Ahad lalu sekali gus menimbus seluruh perkampungan di selatan Guatemala.

Agensi Sains Forensik Kebangsaan dalam satu laporan berkata, rumah mayat setakat ini telah menerima 99 mayat yang terbunuh akibat letusan itu.

Setakat ini, hanya 28 mayat berjaya dikenal pasti.

“Kami mempunyai data yang mengan­dungi nama dan lokasi mangsa hilang dan angka itu meningkat kepada 192 orang,” kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Guatemala, Sergio Cabanas kepada wartawan.

Pasukan pakar kaji cuaca memberi amaran bahawa hujan lebat di kawasan itu turut mencetuskan runtuhan ekoran aliran lumpur sejak letusan Ahad lalu.

Ahli volkanologi merekodkan beberapa letusan gunung berapi dalam sejam kelmarin yang menghamburkan abu berwarna kelabu setinggi 4,700 meter ke udara.


“Letupan itu mencetuskan runtuhan berskala kecil dalam jarak kira-kira 800 hingga 1,000 meter,” kata Institut Volkanologi.

Susulan itu, pasukan kecemasan terpaksa menangguhkan pencarian mereka sementara selepas satu letupan baharu yang mencetuskan tanah runtuh.

Lebih 12,000 orang telah dipindahkan, manakala 3,000 daripada mereka kini terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan sementara. – AFP/Kosmo Online

Kategori