Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS)...

Zain Saidin Masak Sendiri...

SUSAH betul nak maintain bentuk tubuh yang sado seperti Zain Saidin ini kerana...

“Isu Rasuah Bukan Untuk...

PUTRAJAYA - Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menolak dakwaan DAP yang...

GAMBAR: Si Kaya Pasti...

REPUBLIK Czech masih lagi dibelenggu krisis makanan dan minuman sehingga rakyatnya menjadi mangsa...

Gudang Simpan Peralatan Pilihanraya Berhantu

PETUGAS keselamatan yang menjaga gudang penyimpanan peralatan pilihan raya di Boyolali, Jawa Tengah, mendakwa kerja mereka diganggu dengan kehadiran makhluk halus.

Menurut salah seorang petugas, selain perabot bergerak sendiri, mereka turut diganggu dengan bunyi ketawa dan tangisan pada setiap malam.

Gangguan bunyi itu juga dikatakan datang dari kawasan luar gudang yang pernah menjadi tapak perkuburan suatu ketika dahulu.

“Pada Khamis lalu, pengawal mendengar bunyi kanak-kanak bermain dan menangis. Apabila diperiksa, tiada kanak-kanak pun di sana.

“Ia sangat menakutkan, tambah-tambah lagi jika bekerja bersendirian. Disebabkan gangguan itu, kami terpasksa berteman untuk ke tandas,” ujar Tri Darmadi yang ditugaskan berkawal di lokasi itu oleh Suruhanjaya Pilihanraya Boyolali.

Gudang itu menempatkan peralatan untuk pengundian seperti kertas undi, kotak buangan undi, dakwat dan alat tulis yang akan digunakan untuk pilihan raya Gabenor Jawa Tengah.


Lebih 27 juta penduduk sekitar Jawa Tengah, yang mana 770,000 merupakan warga Boyolali dijangka keluar untuk membuang undi, Rabu ini. – mStar Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori