• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Awal Ronaldo Cerahkan Peluang Portugal

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Cristiano Ronaldo meledak gol seawal minit keempat untuk menghadiahkan Portugal kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Maghribi 1-0 pada aksi kedua Kumpulan B, sebentar tadi.

Selepas terikat 3-3 bertemu Sepanyol pada aksi pembukaan, minggu lalu, Portugal yang juga juara Eropah memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang mara dengan Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di depan gawang.

Berpunca daripada sepakan sudut Joao Moutinho, Ronaldo yang bertindak bijak melepasi kawalan pertahanan lawan menanduk masuk menerjah gawang tanpa mampu dihalang penjaga gol Maghribi, Munir.

Ia jaringan keempat oleh Ronaldo di Russia sekali gus menyaksikan bintang Real Madrid itu menjadi penjaring gol terbanyak Eropah dengan 85 gol mengatasi legenda Hungary, Ferenc Puskas.

Tersentak dengan jaringan Ronaldo, permainan di Stadium Luzhniki bertambah menarik dengan Maghribi memperoleh peluang untuk menyamakan jaringan pada minit ke-10 tetapi tandukan Mbark Boussoufa berpunca hantaran Nabil Dirar sedikit tersasar.

Pada minit ke-18, Hakim Ziyech memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan selepas bijak memperdaya pertahanan Portugal tetapi rembatannya dihalang pertahanan, Cedric Soares.

Sekali pun Maghribi tampil dengan aksi lebih dominan pada babak kedua, Portugal terlebih dulu berpeluang menambah jaringan menerusi Ronaldo tetapi rembatannya susulan tampanan Goncalo Guedes pada minit ke-52 tersasar.

Portugal turut diselamatkan oleh aksi cemerlang penjaga golnya, Rui Patricio yang menggagalkan dua cubaan terbaik Maghribi bermula pada minit ke-55 menerusi rembatan Belhanda.

Dua minit kemudian, Patricio sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merebahkan badan untuk menggagalkan tandukan Belhanda berpunca sepakan percuma Hakim Ziyech.

Deretan peluang dicipta Maghribi yang terdesak mendapatkan kemenangan pada penghujung perlawanan tetapi mereka kemudian dikecewakan dengan ketumpulan serangan.

Kekalahan menyaksikan Maghribi yang tumbang 0-1 kepada Iran pada aksi pembukaan sekali gus secara matematik tersingkir daripada kejohanan. – myMetro Online

Tags: Cristiano Ronaldogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FIFA Kagum Gol Safawi

FIFA Kagum Gol Safawi

01/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan Solomon terus menarik perhatian dunia, kali ini...

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd