• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Jepun Aktif Mencuri Kabel Tumpas

oleh AK-47
04/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDUDUKAN rumah pusaka yang agak tersorok di Kampung Tasek, di Kuala Terengganu membongkar aktiviti Geng Jepun yang aktif memproses kabel curi milik syarikat telekomunikasi sebelum dijual.

Rumah berusia 30 tahun milik ketua kumpulan itu dijadikan ‘port’ enam lelaki termasuk dua beradik berusia 21 hingga 42 tahun untuk melakukan jenayah berkenaan sejak awal tahun lalu.

Bagaimanapun, kegiatan licik kumpulan berkenaan terbongkar selepas modus operandi berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan dalam serbuan berasingan sempena Ops Lusuh antara 26 hingga 31 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, modus operandi kumpulan itu terbongkar hasil maklumat dan risikan pihaknya selama beberapa bulan.

“Mereka ini bergerak berkumpulan sama ada dengan kereta atau motosikal dan dua orang akan memotong kabel, manakala dua orang lagi memantau keadaan sekeliling.

“Kabel itu kemudian dihantar ke rumah pusaka terbabit untuk diproses dengan cara, disiat atau dibakar menggunakan gas butana untuk mendapatkan tembaga di dalam kabel.

“Hasil itu akan dijual kepada pembeli dan kita berjaya menahan seorang lelaki yang juga pembeli barangan lusuh berusia 42 tahun, disyaki membeli tembaga terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Fazlisyam berkata, siasatan awal dapati kumpulan itu aktif mencuri kabel dan bateri pencawang milik syarikat telekomunikasi di Marang, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Katanya, susulan penahanan mereka, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes berkaitan dan merampas 90 kilogram (kg) tembaga serta 280 kg bateri yang dianggarkan bernilai RM4,000.

Turut dirampas, sebuah motosikal Yamaha 125, sebuah van dan beberapa peralatan seperti gergaji, sabit dan tukul yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah berkenaan.

Beliau berkata, enam daripada tujuh suspek positif methamphetamine, sementara empat daripadanya mempunyai rekod lampau membabitkan kes curi dan dadah.

“Kita masih memburu seorang lagi ahli mereka dikenali Kamaruddin Abdullah yang berusia 32 tahun dan berasal dari Kampung Kubu, Marang bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 431A kanun sama kerana khianat dengan membencanakan kabel dan kawat telegraf,” katanya. – myMetro Online

Tags: curi kabelPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd