• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Seksual, Datuk Bandar Jepun Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Datuk Bandar Komae di barat Tokyo, Kunihiko Takahashi meletak jawatan pada Isnin selepas didakwa melakukan gangguan seksual, lapor agensi berita Xinhua.

Datuk Bandar berusia 66 tahun itu, menghantar surat peletakan jawatannya pada Jumaat dengan alasan masalah peribadi.

Beliau juga dikatakan tidak menyertai satu perhimpunan yang berlangsung hari ini. Media tempatan melaporkan peletakan jawatan Takahashi telah diterima.

Pada Isnin, Takahashi mengemukakan permohonan maaf kepada pihak yang “mentafsirkan” tindakannya sebagai gangguan seksual, sambil menyuarakan kekesalannya kerana tindakan beliau menyebabkan pentadbiran bandaraya itu terganggu.

Tuduhan terhadap Takahashi pertama kali diketahui umum pada Mac tahun ini dan kemudian empat pekerja mengemukakan surat secara rasmi mengatakan pernah mengalami gangguan seksual.

Pada awalnya Takahashi menafikan tuduhan tersebut dan enggan meletak jawatan, walaupun dua kes telah disahkan berlaku menerusi siasatan dalaman.

Beberapa dokumen kemudian berjaya diperolehi yang mendedahkan aduan terhadap Takahashi yang dibuat oleh beberapa pekerja wanita. – BERNAMA

Tags: gangguan seksual
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramai Ibu Bapa Tak Ambil Berat Keselamatan Bayi

Next Post

“Saya Dengar Jeritan Di Bilik 04-10 UPNM” – Saksi

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Anggota Polis

Polis Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Anggota Polis

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Polis menyiasat dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota polis ketika hadir memberi keterangan berkaitan...

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

21/12/2024
0

Putrajaya: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti...

Next Post

"Saya Dengar Jeritan Di Bilik 04-10 UPNM" - Saksi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd