• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Everest Jadi Tempat Pembuangan Sampah

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU (AFP) – Pendakian komersil selama beberapa dekad menjadikan Gunung Everest sebagai tempat buangan sampah tertinggi dunia apabila semakin ramai pendaki tidak memberikan perhatian kepada kekotoran yang ditinggalkan.

Khemah pendaflour, peralatan pendakian yang ditinggalkan, tong gas kosong malah najis manusia bersepah di laluan ke puncak setinggi 8,848 meter itu.

“Ia menjijikkan, menyakitkan mata. Gunung itu menampung sisa buangan sebanyak bertan-tan,” kata Sherpa Pemba Dorje, yang sudah mendaki gunung itu 18 kali.

Ketika bilangan pendaki semakin bertambah, sekurang-kurangnya 600 berjaya menawan kemuncak tertinggi dunia itu tahun ini sahaja, masalah juga semakin buruk.

Sementara itu, glasiar yang semakin mencair disebabkan kepanasan global mendedahkan sampah yang terkumpul di atas gunung itu sejak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya sampai ke puncak 65 tahun lalu.

Usaha sudah dijalankan. Lima tahun lalu, Nepal melaksanakan deposit sampah sebanyak AS$4,000 (RM15,000) bagi setiap pasukan yang akan dipulangkan jika setiap pendaki membawa turun sekurang-kurangnya lapan kilogram sampah.

Sementara di sebelah Tibet pula, mereka dikehendaki membawa turun jumlah sampah sama dan didenda AS$100 (RM400) setiap kilogram jika tidak berbuat demikian.

Pada 2017, pendaki di Nepal membawa turun hampir 25 tan sampah dan 15 tan sisa buangan manusia, menyamai tiga bas dua tingkat, menurut Jawatankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (SPCC). – BHarian Online

Tags: Everest
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jambatan Kaca Tarikan Baru Di Taman Buaya Langkawi

Next Post

Snek Kentang Goreng Belgium Saingi Perancis

Related Posts

Mahkamah Nepal Perintah Had Permit Mendaki Everest

Mahkamah Nepal Perintah Had Permit Mendaki Everest

12/05/2024
1

KATHMANDU : Mahkamah Agung Nepal memerintahkan kerajaan untuk mengehadkan bilangan permit mendaki gunung yang dikeluarkan untuk Everest dan puncak lain....

Pendaki Malaysia Pernah Tawan Everest Ditemui Maut

22/05/2018
0

SEORANG pendaki Malaysia yang pernah mendaki Gunung Everest tahun lalu meninggal dunia ketika mendaki gunung lain di Nepal. Lapor The...

Next Post

Snek Kentang Goreng Belgium Saingi Perancis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd